BTC USD 54,368.2 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laluan 'terputus' bawa padah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Jalan dari PICC ke Cyberjaya berbahaya kerana sukar dijangka, tiada waktu malam

PUTRAJAYA: Akibat tiada sebarang papan tanda arahan, sebahagian jalan raya dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ke Cyberjaya di sini dianggap 'laluan maut' khususnya pada waktu malam.

Laluan itu yang menyerupai lebuh raya dilengkapi lampu jalan tetapi "terputus" secara tiba-tiba sehingga menjadi 'jalan mati' di hujungnya.

Kenderaan yang terbabas dalam kegelapan akan melepasi laluan tanah merah sejauh kira-kira 20 meter sebelum terbabas melanggar kawasan berbukit.

Pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Ikhwan mendakwa, sepanjang empat tahun bertugas di kawasan itu, lebih 50 kemalangan sudah berlaku di kawasan itu, ada antaranya yang mengakibatkan maut.

"Pada waktu malam, pengguna yang tidak biasa dengan laluan itu akan memandu laju sama seperti memandu di lebuh raya lain berikutan jalan dua lorong itu diterangi cahaya lampu.

"Pengguna yang memandu laju akan terbabas apabila tiba di hujung jalan dan sudah tentu tidak sempat memberhentikan kenderaan mereka," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan Sentral di kawasan itu mendapati ada papan tanda di jalan berkenaan menunjukkan laluan berkenaan boleh ke Cyberjaya dan Kuala Lumpur sebelum tiba di kawasan berbahaya itu tetapi tidak dinyatakan jalan mati.

Masalah tidak timbul sekiranya pengguna memandu di laluan itu pada waktu siang kerana jarak penglihatan yang jauh memungkinkan mereka memberhentikan kenderaan masing-masing.

"Kalau boleh pihak berkuasa tutup saja jalan yang masih tidak siap itu, sangat bahaya terutama kepada pemandu yang tidak biasa di sini," katanya.

Ejen insurans, Firdaus Othman, 35, menggesa laluan itu ditutup sementara kepada kenderaan awam bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Saya sendiri hampir terbabas di laluan itu ketika melaluinya untuk ke Kuala Lumpur pada waktu malam, bagaimanapun sempat memberhentikan kenderaan.

"Sepatutnya pihak terbabit meletakkan papan tanda menyatakan jalan berkenaan masih belum boleh digunakan," katanya.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register