BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lalat dalam minuman dan Rasulullah

pajamada

Active+ Member
gem
Messages
2,978
Joined
Apr 19, 2011
Messages
2,978
Reaction score
1,318
Points
106
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat. (Riwayat al-Bukhari)

Kemusykilan
Hadis ini benar-benar pelik. Bolehkah lalat yang dikenali sebagai binatang pengotor mempunyai penawar kepada penyakit yang dibawanya?

Secara Logik
Lalat memang dikenali sebagai binatang pengotor dan pembawa penyakit. Hal ini sepertimana yang telah diterangkan dalam hadis di atas ‘sesungguhnya pada sebelah sayapnya terdapat penyakit’. Namun perlu difikirkan kenapakah kekotoran, iaitu merujuk kepada pelbagai jenis bakteria yang terdapat pada tubuh badan lalat ini tidak mengakibatkan penyakit kepada lalat itu sendiri?
Jawapannya adalah kerana lalat memiliki daya tahanan badan semulajadi yang menghasilkan sejenis toksin yang bertindak sebagai penawar (antidote) yang memelihara dirinya daripada bahaya bakteria-bakteria tersebut.

Secara Saintifik
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Cytoplasm-1.jpg


Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali.
Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar. Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria. (c) pajamada@carigold

Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin. Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.
Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

sekali lagi, islam mendahului saintis moden

:)cgrock



Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.


keterangan yang lebih detail
 
Last edited:
orang zaman sekarang ni kalau lalat jatuh dalam gelas minuman pun dah buang air tu amek air lain. dah tak tenggelamkan alat tu dah. nanti orang keliling kata pengotor la dia tu. padahal Rasulullah buat.
 
orang zaman sekarang ni kalau lalat jatuh dalam gelas minuman pun dah buang air tu amek air lain. dah tak tenggelamkan alat tu dah. nanti orang keliling kata pengotor la dia tu. padahal Rasulullah buat.

stuju!

kalo kene kat aku pun, aku kompom buang terus air tu :-?
 
pernah tgk ms rancangan kat tv hr tu..

cr2 pemakanan Rasulullah..
 
orang zaman sekarang ni kalau lalat jatuh dalam gelas minuman pun dah buang air tu amek air lain. dah tak tenggelamkan alat tu dah. nanti orang keliling kata pengotor la dia tu. padahal Rasulullah buat.

kalau kena diri sendiri .agak2 buang x air tu??..:D
 
kalau kena diri sendiri .agak2 buang x air tu??..:D

ramai yg buang rs nya..

tp bila semut ada yg xbuang..dia buang semut tu je..

sedangkan semut ni pembawa kepada penyakit lupa..
 
kalau kena diri sendiri .agak2 buang x air tu??..:D

aku tak buang. pasal mak aku ajar aku masa aku kecik lagi tenggelamkan lalat tu. masa dulu aku duk asrama pun diajar macam tu. dan aku lepas makan pun jilat jari.

lain orang lain cara. :">
 
Back
Top
Log in Register