azimlife
Super Active Member
- Messages
- 9,622
- Joined
- May 31, 2007
- Messages
- 9,622
- Reaction score
- 152
- Points
- 73


Katanya, menjadi insan seni bukan semudah disangka. Setakat ini tawaran berlakon diterima berdasarkan uji bakat dijalani, tetapi itu tidaksedikit pun mematahkan semangatnya untuk berusaha mengukir nama.
“Saya seronok memulakan karier lakonan dari bawah. Menghadiri uji bakat memberikan pengalaman berharga untuk saya berusaha gigih mendapatkan sesuatu watak. Dalam soal ini, saya tidak kisah apa wataknya asalkan tawaran diterima.
“Sebab itu, watak bertudung pun saya ambil.Objektifnya, hanya satu, kerana saya minat berlakon dan ingin menonjolkan bakat dimiliki. Ditambah lagi, persaingan di kalangan pelakon baru sekarang ini sengit dan saya perlu bijak membawa diri.
“Apapun, saya tidak mahu dianggap hipokrit oleh peminat. Justeru, saya mengaku bertudung itu sekadar menuntut kehendak watak dan kehidupan sebenar pula sebaliknya. Saya sama seperti gadis remaja lain yang tidak bertudung dan gemar bersosial.
“Cuma, apabila sudah menjadi pelakon, semuanya berubah. Saya terikat dengan jadual penggambaran dan sibuk di lokasi. Oleh itu, masa untuk diri sendiri bergembira agak terhad dan jika ada masa terluang saya senang bersama keluarga,”katanya.
Berusia 21 tahun, Tiz Zaqyah kelihatan cukup matang.Tutur katanya dan gaya menunjukkan dia sudah bersedia menempuhi kehidupan sebagai artis. Menurutnya, ini kerjaya yang dipilih dan perlulah tahu berhadapan dengan dugaan.
“Bagi saya, bukan senang untuk dikenali apatah lagi popular. Justeru, saya perlu kerja keras untuk itu tanpa mengira penat dan hal peribadi. Saya perlu profesional dan kerjaya ini menuntut pengorbanan masa yang besar untuk berjaya.
“Oleh itu, saya sangat bersyukur kerana keluarga memahami minat dan memberikan sokongan padu. Malah, ibu saya sendiri penonton dan pengkritik setia. Bersandarkan sokongan itu, diharapkan berjaya dan masyarakat menerima kehadiran saya dalam industri.



Last edited:
