BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,335.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

laki & bini tidah pose ?

fazlee84

Active Member
Messages
1,753
Joined
Mar 4, 2009
Messages
1,753
Reaction score
2
Points
25
ne_081.jpg

MUSTAFA KAMAL (tengah) memberi penerangan kepada pasangan suami isteri yang ditahan kerana tidak puasa di Kangar semalam.


KANGAR - Sepasang suami isteri sanggup menjamu selera di sebuah restoran Cina, di sini bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa gara-gara tidak berpuasa.

Bagaimanapun, taktik mereka itu tidak menjadi apabila diberkas sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perlis (Jaips) pagi semalam.

Ketua Penolong Pengarah (Pendakwaan) Jaips, Mustafa Kamal Mohd. Taib berkata, pasangan tersebut pergi ke restoran itu untuk bersarapan kerana tiada gerai Islam yang membuka perniagaan pada waktu itu.

"Ketika kami serbu, lelaki berusia 24 tahun dan isterinya berusia 25 tahun sedang minum sementara menunggu makanan yang dipesan.

"Selain pasangan ini, ada lima hingga enam pelanggan Islam di restoran itu tetapi mereka sempat melarikan diri," katanya.

Menurut Mustafa Kamal, apabila ditanya kepada pasangan itu kenapa tidak berpuasa, alasan yang diberikan ialah tidak makan sahur.
 
ish2..dia lupa bersahur kot. tak larat la tu..:">
 
patutnya bagi la alasan... kami dari sahur tadi oder makan tak sampai2, lembab betul restoran kat sini... baru la lepas hahah
 
patut dia cakap jer aku lupa nak niat puasa biar lagi lah kurang bijaknya
 
boleh pulak...
siap mkn kedai cina plak tu... ish3 pengotor btol..
 
Klau x posa sekali pun, makan kat umah dok diam2 sudah ler...
 
patutnya bagi la alasan... kami dari sahur tadi oder makan tak sampai2, lembab betul restoran kat sini... baru la lepas hahah
hahahahaa nanti ada yg baca alasan ni depa akan guna jugak ni pasal tak kan nak guna alasan tak bangun sahur lagi dah ramai sgt org lain guna hahaha :eek::)):))
 
Back
Top
Log in Register