BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lahirkan pencipta muda

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Muhammad Aziph (depan, tengah) dan Norchahya (depan kiri) bersama peserta Bengkel YIM Ideation pada Majlis Penyampaian Sijil Bengkel YIM Ideation bersama UMW Corporation Sdn Bhd di SMK Seksyen 27.


YAYASAN Inovasi Malaysia (YIM) dengan kerjasama UMW Corporation Sdn Bhd (UMW) terus menggiatkan usaha untuk melahirkan lebih ramai pencipta muda terutama di peringkat akar umbi dengan memberi fokus kepada pelajar sekolah.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIM Muhammad Aziph Mustapha berkata, pelbagai program dirangka bagi memenuhi tujuan itu, antaranya menganjurkan Bengkel YIM Ideation 2014 yang disertai 20 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 27 dan SMK TTDI Jaya, Shah Alam.

“Bengkel ini diadakan bagi menggalakkan pemikiran inovatif dan meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar dengan memberi tumpuan terhadap pembangunan berteraskan produk hijau mesra alam.

“Hasil program selama tiga hari ini, pelajar memberikan idea inovasi yang luar biasa dan kreatif yang sesuai digunakan untuk penciptaan kemudahan harian seperti produk kepenggunaan dan barangan rumah,” katanya selepas Majlis Penyampaian Sijil Bengkel YIM Ideation 2014.

Hadir sama, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Risiko Kumpulan UMW Norchahya Ahmad dan Pengurus Besar YIM, Florence Ki.

Bengkelitu merangkumi tiga fasa dengan fasa pertama melibatkan program menjana idea, diikuti pembangunan prototaip dan fasa rancangan perniagaan.

“Dua produk terbaik daripada 10 yang dicipta akan dipilih untuk ke peringkat fasa kedua dan pemenang akan diumumkan pada Jun depan,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register