BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lahad Datu Statement from Pakatan Leadership

DSAI akan ke LAHAD DATU esok untuk meninjau keadaan askar kita yang sedang bertungkus lumus membenteras penceroboh.

nanti BN fitnah dia bagi strategi baru kat munduk suluk! Bukan leh percaya media arus BN..
 
attachment.php


Apa pendapat rakan2 semua?pada pendapat aku..mcm tipu je..hehe
 

Attachments

Last edited:
Aku baru dapat dari email aku from anwaribrahim.com

KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS


YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

Sumber: [email protected]

anwar dah turunkan jawatan Hadi ke?
 
anwar dah turunkan jawatan Hadi ke?

Hahaha... tak perasan pulak aku bab tuh.

Typo error kot. Aku copy paste je dr email aku

* Hadi Awang kena saman Anwar nih. Ambik 4-5 juta cukup laa kan. :))
 
Semalam waktu TV3 highlight tengah malam, ada di terangkan bahawa isu di Lahad Datu / semporna sabah di dalangi oleh Ketua Pakatan...terkejut juge mendengar nye...BETOL KA??????
Kalau betol,habis lah Parti Pakatan,jatoh abih PRU 13 ni nanti......Kat kampong ku,terkejut juge dengar org2 tua menyumpah DSAI kerana kes di Lahad Datu ni????Ada sesiapa terdengar berita ni ke????

cer refer thread ni

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=417419

:D
 
Dulu pemimpin2 dari parti PBS atau pembangkang sebelum masuk BN di sabah seperti datuk joseph pairin kitingan, datuk dr. yee moh chai, tan sri benard dompok, tan sri joseph kurup, dan beberapa menteri lagi pernah menyuarakan kebimbangan berkenaan projek ic yg berleluasa di sabah dan menyatakan kebimbangan mereka terhadap isu keselamatan penduduk tempatan.....tapi pasal apa sejak dari hari pertama isu pencerobohan ni berlaku mereka semua senyap ja tanpa ada sebarang kenyataan dari mereka semua??? Fikir fikirkan la.
 
Dulu pemimpin2 dari parti PBS atau pembangkang sebelum masuk BN di sabah seperti datuk joseph pairin kitingan, datuk dr. yee moh chai, tan sri benard dompok, tan sri joseph kurup, dan beberapa menteri lagi pernah menyuarakan kebimbangan berkenaan projek ic yg berleluasa di sabah dan menyatakan kebimbangan mereka terhadap isu keselamatan penduduk tempatan.....tapi pasal apa sejak dari hari pertama isu pencerobohan ni berlaku mereka semua senyap ja tanpa ada sebarang kenyataan dari mereka semua??? Fikir fikirkan la.

Ramai takut nak mengomen lebih-lebih. Polis dan tentera berkuasa di sana..Kalau statement nampak menghasut, jawabnya duduk dalam la dulu.

Isu ni pasti makan tahun ni nk setelkan masalah perdengkian MNLF dengan MILF, Apa2 Malaysia jadi bahangnya. Harap DSAI nasihatkan kenalan persekolahan dia tu Misuari agak slow2 sikit
 
Back
Top
Log in Register