BTC USD 63,539.1 Gold USD 4,480.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lahad Datu Statement from Pakatan Leadership

adifaza

Active+ Member
Messages
3,153
Joined
Sep 20, 2006
Messages
3,153
Reaction score
4
Points
25
Aku baru dapat dari email aku from anwaribrahim.com

KENYATAAN MEDIA
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

4 MAC 2013

DATO’ SERI NAJIB RAZAK SEWAJARNYA MENUMPUKAN USAHA MEMASTIKAN KEDAULATAN WILAYAH NEGARA, KESELAMATAN RAKYAT SABAH DAN ANGGOTA PASUKAN KESELAMATAN

Setiap pimpinan mana-mana negara sekalipun bertanggungjawab mempertahan kedaulatan wilayah negara, keselamatan rakyat dan anggota pasukan keselamatan.

Kegagalan mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat merupakan satu pengkhianatan serta menodai amanah rakyat. Justeru Pakatan Rakyat berhasrat mengingatkan pimpinan negara agar tegas mempertahankan kedaulatan wilayah negara dan tidak alpa memastikan keselamatan setiap rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah ekoran dari insiden pencerobohan sekumpulan bersenjata warga asing di sekitar Lahad Datu serta Semporna. Setiap inci tanah Sabah dan keselamatan rakyatnya wajib dipertahankan.

Pencerobohan di Lahad Datu telah mengorbankan dua nyawa perwira negara manakala insiden terbaru di Semporna pula mengorbankan enam nyawa perwira negara. Kita merakamkan ucapan takziah buat keluarga mereka dan rakyat Sabah serta berdoa moga roh mereka dicucuri rahmat.

Pakatan Rakyat juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk tetap teguh mendokong pasukan keselamatan, samada dari pihak polis atau tentera. Kita berdoa moga mereka kekal selamat serta bersemangat mempertahankan negara dan rakyat Malaysia dari ancaman penceroboh.

Pakatan Rakyat sedar keadaan mutakhir di Sabah sememangnya menimbulkan kebimbangan, akan tetapi kita menyeru agar orang ramai tetap bertenang dan tidak mengambil tindakan terburu-buru atau menyebarkan berita-berita fitnah yang boleh menimbulkan keresahan. Pakatan Rakyat ingin menyatakan dengan jelas keyakinan kita terhadap kecekapan dan kebolehan anggota pasukan keselamatan. Mereka pastinya dapat menjalankan tugas dengan profesional sekiranya diberi kebebasan bertindak tanpa sebarang campurtangan politik.

Sehingga kini, kita merasa kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan negara yang tidak mempamerkan kewibawaan dan iltizam dalam menyelesaikan masalah ini. Pimpinan negara juga gagal menyalurkan maklumat tepat, cepat dan telus serta memberikan penjelasan terhadap apa yang berlaku kepada umum sehingga menyebabkan khabar angin tersebar luas.

Pakatan Rakyat menggesa supaya isu ini tidak dijadikan arena tuduh-menuduh dan sewajarnya kepimpinan negara memberi tumpuan kepada isu keselamatan negara serta tidak mengalihkan pandangan rakyat dari kelemahan mereka. Sewajarnya mereka menyedari, keutamaan adalah demi mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan rakyat dan perwira negara yang bertungkus lumus di perbatasan.

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.


YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum KEADILAN

YB DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
Setiausaha Agung PAS

YB LIM KIT SIANG
Penasihat DAP

Sumber: [email protected]
 
Last edited:
Tahniah buat Pakatan Rakyat kerana mengeluarkan kenyataan bersama menyokong pasukan keselamatan dalam menangani isu Lahad Datu. Aku setuju bahawa yg paling penting sekarang ialah tumpukan kepada menyelesaikan kes ini secepat mungkin, jangan sampai berlarutan berminggu-minggu lagi.
 
aku juga setuju....settlekan dulu problem...
 
DSAI akan ke LAHAD DATU esok untuk meninjau keadaan askar kita yang sedang bertungkus lumus membenteras penceroboh.
 
meh laa geng politik lepak cni...,taip laa nak taip papepon
 
DSAI akan ke LAHAD DATU esok untuk meninjau keadaan askar kita yang sedang bertungkus lumus membenteras penceroboh.

DSAI pi sana akan keluar lak fitnah baru terhadap dia ... baik dia x payah pergi ...
 
DSAI pi sana akan keluar lak fitnah baru terhadap dia ... baik dia x payah pergi ...

Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.

DSAI jenis org yang ada biji berbanding menteri yang ada sekarang.
 
Sememangnya patut duduk berbincang semua pihak xkira pembangkang or kerajaan.Jangan keluar kenyataan jika sumber itu tidak 100% benar.
ketepikan sengketa tumpu kan perhatian kepada penceroboh tanah air kita nie. Bagaimana hendak selesaikan
 
Baiklah, sekarang isu pencerobahan di utara sabah ni bukan lagi isu kecil sebab dah membawa kehilangan banyak nyawa ... (takziah kepada keluarga2 arwah).

perkara macam ni, memang tak sepatutnya menjadi isu politik, sebab kalau terus terusan menjadi isu politik,sampai ke sudah akhirnya akan tetap jadi isu politik, puluhan tahun akan datang pon akan jadi isu politik.. macam kes 13 Mei 1969, sampai ke sudah walaupon peristiwa itu sudah lama berlalu tetapi masih ramai yang mengaitkannya dengan isu politik, pembangkang salahkan kerajaan, kerajaan salahkan pembangkang.. tapi korang ingat, dengan saling menuding kesalahan orang lain boleh memberi nyawa semula kepada yang dah mati ke??..

apa yang aku nampak sebagai rakyat marhaen, even aku bukan berada di lahad datu, namun aku rasa baik PR mahupon BN, ketepikan isu politik, duduk bersama sama dalam meja bulat or even dalam perbincangan di Parlimen bagaimana keselamatan dan kedaulatan negara boleh dipertahankan daripada anasir luar.. kalau fikir 1 kepala sahaja memang susah nak mendapat jalan penyelesaian, namun kalau dalam satu perbincangan ada gabungan pelbagai pemikiran, inshaaAllah perkara ni pasti ada jalan penyelesaian..

then bila dah settle isu ni, dan pemberontak sulu pon dah balik negara mereka/ ditembak / ditangkap, boleh kembali semula ke arena politik.. seriusly tuding menuding antara satu sama lain sama sekali tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi di Lahad Datu..

dan aku harap pemimpin BN menerima tawaran daripada Pakatan Rakyat untuk melakukan perbincangan meja bulat dikalangan pemimpin BN dan PR

Pakatan Rakyat menuntut agar segera diadakan satu sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan ini serta demi untuk mendapatkan gambaran sebenar insiden yang tercetus di Sabah. Kita juga berhasrat mengadakan satu persidangan meja bulat di antara pimpinan Pakatan Rakyat dengan pimpinan kerajaan dalam usaha untuk mencapai muafakat bersama berhubung isu ini.

and kalau BN tak berani nak duduk bersama Pakatan Rakyat berbincang mengenai masalah ni, tak usahla berkokok di media kawalan BN.. buat rakyat yang memang tak suka BN jadi lebih sangsi je dengan BN atas perkara yang berlaku ini..

kalau ikutkan hati, if aku pemimpin, aku bagi aje kuasa menggempur kat ATM, namun, aku yakin pemimpin2 yang nak sangat memimpin negara ni ada idea yang lebih bernas, and please jangan kau mintak sultan sulu letak jawatan pulak lepas ni.. bukan kedaulatan negara dia kena ceroboh, tapi negara kita Malaysia, and as menteri yang cakap macam tu kau patut malu.. :).. jangan biarkan lebih ramai menderita dan kehilangan nyawa atas peristiwa ini..
 
Semalam waktu TV3 highlight tengah malam, ada di terangkan bahawa isu di Lahad Datu / semporna sabah di dalangi oleh Ketua Pakatan...terkejut juge mendengar nye...BETOL KA??????
Kalau betol,habis lah Parti Pakatan,jatoh abih PRU 13 ni nanti......Kat kampong ku,terkejut juge dengar org2 tua menyumpah DSAI kerana kes di Lahad Datu ni????Ada sesiapa terdengar berita ni ke????
 
Back
Top
Log in Register