BTC USD 60,920.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi skandal seks askar Australia

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
SYDNEY 12 Jan. - Tentera Australia hari ini terus diselubungi dengan skandal seks terbaru, termasuk kes serangan seksual, video lucah kanak-kanak, kes rogol dan urus niaga dadah di kalangan anggota.

Stesen Channel Seven News yang memperoleh beberapa dokumen di bawah Akta Kebebasan Maklumat mendedahkan maklumat mengenai 'kes pelanggaran disiplin yang berterusan dan sering berlaku dalam pasukan tentera Australia'.

Katanya, lebih 100 insiden dilaporkan pada tahun lalu membabitkan kes salah guna senjata dan serangan seksual, terutamanya dakwaan salah laku anggota Tentera Laut di atas empat kapal perang yang masih dalam siasatan.

Dua kes tersebut yang melibatkan kes serangan seksual di atas kapal HMAS Newcastle and HMAS Diamantina, diserahkan kepada pihak polis.

Dokumen itu yang disebut sebagai 'Ringkasan Isu Panas', memperincikan kes seorang kelasi wanita HMAS Success yang mendakwa diserang rakan sekerja lelaki ketika mengadakan lawatan ke Singapura.

Tujuh bulan kemudian, kes seorang pegawai kanan tentera yang menaiki kapal sama diserah kepada polis selepas dia didapati memiliki rakaman seks bersama kelasi muda.

Di atas kapal HMAS Toowoomba, seorang kelasi wanita membuat aduan mengenai insiden diserang, dibuli dan mengalami gangguan seksual serta digelar Beer Bounty.

Dalam kes berasingan, seorang wanita awam mendakwa diserang di Kolej Tentera Diraja di Duntroon dan dua remaja ditemui tinggal bersama seorang askar di pangkalan tentera Holsworthy selama dua minggu.

Pendedahan terbaru itu menjejaskan lagi reputasi tentera sejak Pasukan Tentera Pertahanan Australia diselubungi beberapa kes salah laku dan gangguan seksual sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP
 
Back
Top
Log in Register