BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi serangan di Kabul

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anggota keselamatan berkawal di hadapan pintu masuk Hotel Heetal yang menjadi sasaran terbaharu serangan di ibu negara. - Foto AFP​

KABUL - AFGHANISTAN. Seramai empat maut dalam insiden serangan di kawasan kedutaan asing di ibu negara Afghanistan, menurut Timbalan Menteri Luar, semalam.

Mohammad Ayoub Salangi menerusi akaun Twitter beliau memaklumkan kesemua penyerang terbabit turut membawa pelancar roket RPG, tiga laras senapang AK-47 dan pelancar bom tangan ketika insiden menggemparkan di Wazir Akbar Khan tersebut.

Sementara itu, jurucakap polis, Ebadullah Karimi berkata, beberapa lelaki bersenjata menyerang sebuah rumah tetamu di kawasan tersebut yang menempatkan beberapa kediaman kedutaan asing.

"Hasil siasatan awal kami mendapati sasaran utama mereka adalah di Hotel Heetal.

"Beberapa letupan kuat juga menggegar kawasan terbabit selain insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama beberapa jam sebelum keempat-empat mereka berjaya ditumpaskan. Tiada kematian orang awam atau anggota keselamatan dilaporkan dalam kejadian tersebut," katanya lagi.

Sehingga kini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab mendalangi serangan terbaharu tersebut.

Awal bulan lalu, sekurang-kurangnya 14 terbunuh manakala puluhan lagi terperangkap selepas kumpulan Taliban melancarkan serangan ke atas sebuah rumah tumpangan di Kabul. - Press TV
 
Back
Top
Log in Register