BTC USD 63,881.5 Gold USD 4,477.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi longgokan surat ditemui

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Antara surat penduduk blok yang ditinggalkan di unit kosong.
< 1 / 1 >
RAWANG - Misteri tidak menerima surat hampir sebulan oleh penduduk Blok 1B, 2 dan 3 Bandar Tasik Puteri, di sini terungkai melalui penemuan longgokan surat di sebuah unit kosong kira-kira tiga hari lalu.

Sumber yang juga seorang penduduk di situ berkata, perkara itu didedahkan oleh seorang jiran yang tinggal di Jalan 3/17 selepas hairan terlihat surat yang ditinggalkan di unit kosong bersebelahan rumahnya.

Menurutnya, selepas disemak didapati kira-kira 100 keping surat dan ada di antaranya masih berikat dilonggokkan di situ.

“Kami jumpa Rabu lalu dan telah membuat aduan kepada Pos cawangan Rawang sehari kemudian sebelum mereka mengambilnya tadi (semalam).

“Tiada laporan polis dibuat sebaliknya perkara itu diselesaikan secara dalaman oleh pihak Pos,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Difahamkan, individu yang bertanggungjawab meletakkan surat tersebut dalam unit kosong telah dikenal pasti.

Ini adalah insiden kedua di Rawang apabila April lalu Sinar Harian pernah melaporkan penemuan longgokan surat dengan kesan terbakar ditemui di Fasa 7 Bandar Country Homes.
 
abg pos ni kalau pandai cilok...boleh je buang...dari sampul tu pilih la mane yg perlu dan mana yg x perlu....
 
mungkin tu tempat kutipan surat berpusat kot.
sapa nak surat g situ.
 
Habis terlepas lah tarikh panggilan interview kerja,sayang...

Harap akan datang standard semua panggilan kerja pakai e-mail senang...
 
Dulu duduk kuaters pun pernah jadi macam ni.
 
'Difahamkan, individu yang bertanggungjawab meletakkan surat tersebut dalam unit kosong telah dikenal pasti.'

bagulah, tak mustahil ada surat yg amat penting dalam 'longgokan' tu.
 
Back
Top
Log in Register