BTC USD 60,523.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagi Gadis Melayu Buat Hal

CL's

Legendary Member
gem
Messages
14,094
Paid Membership
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
Dua hari lalu salah seorang peserta Gadis Melayu mengejutkan banyak pihak apabila gambar-gambar kurang sopannya tersebar meluas di internet. Ramai yang tidak senang dan kesal dengan situasi ini.

Hari ini Cik Andalusia mendapat info tentang seorang lagi peserta Gadis Melayu. Alamak! Tak habis-habis lagi ke tentang peserta-peserta Gadis Melayu musim kedua ini? Mungkin itu yang bermain di fikiran anda. Tetapi bukan niat Cik Andalusia hendak menjatuhkan program realiti ini, tetapi sebagai peringatan kepada pihak TV9 supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan peserta. Rupa yang cantik tidak semestinya menggambarkan peribadi yang mulia.

Berbalik kepada kisah peserta tadi, kali ini salah seorang peserta yang berasal dari Selangor ini dikatakan telah disenarai hitam oleh sebuah syarikat penerbitan majalah. Pelik juga, peserta ini belum pun dikenali lagi, tetapi sudah ada tindakan sebegitu ke atasnya. Menurut sumber Cik Andalusia itu, peserta wanita yang tidak memakai tudung ini pernah ‘buat hal’ dengan syarikat penerbitan itu tidak lama dahulu. Kononnya dia telah menyusahkan ramai orang. Apa kesnya, tidak perlulah Cik Andalusia terangkan di sini.

Apabila pihak penerbitan ini dapat tahu dia tersenarai sebagai salah seorang peserta, mereka telah sebulat suara tidak akan memberi sebarang publisiti kepada peserta ini. Gambarnya tidak boleh disiarkan dalam mana-mana majalah, walaupun beramai-ramai. “Jika perlu, crop sahaja gambarnya”, begitulah lebih kurang arahan yang dikeluarkan.

Persoalannya, apa yang akan berlaku jika peserta ini yang memenangi pencarian Gadis Melayu? Takkan tak nak siarkan gambarnya juga?

sumber:gua.com.my
 
susah nk cari gadis melayu yg betul2 baik zaman sekarang nie.
 
Bak mai sini nak check masih 'bergadis' atau dah janda:eek:
 
melayu mudah lupa adat istiadat asal ketuanan melayu...nsib melayu, bukan "meloveyou" :p
 
tv9 nih cari yg luaran jer cantik...kecantikan dalaman lain cerita...

bila luaran cantik..bertambah laa rating org nak tgk tv9...

bila dah jadik camni....saper nak jawab???

lagi turun rating ada lah....aduihh buat keje ikut selera sendirik jerk
 
pegangan Agama kalo dipegang betul2 dan diamalkan ok jer..

masalahnya sekarang ramai main redah jer..:(
 
Back
Top
Log in Register