BTC USD 61,656.6 Gold USD 4,263.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Lagenda Puteri Santubong

wah...sapa kah gerangan org itu ya?? :-?

Tunggu saja, andai kata dia terbaca thread ini, mungkin dia mahu berkongi cerita tersebut bersama kita.....:)cgrock
 
tk sedap nye sora camelia nyanyi lagu ni, merosakkan lagu yg sedia ada je...
 
tk sedap nye sora camelia nyanyi lagu ni, merosakkan lagu yg sedia ada je...

Memang pun. Elok2 lagu tu dia buat nafas baru jadi tak best pulak.:((
 
best juga lah history puteri santubong/sejinjang.....
tp kalo betullah puteri2 asal brunei n mati disini, mana kubor nya?....:-?
 
best juga lah history puteri santubong/sejinjang.....
tp kalo betullah puteri2 asal brunei n mati disini, mana kubor nya?....:-?

Kubur? Hanya Allah SWT yang maha Mengetahui....

Lagenda menyatakan bahawa, jasad Puteri2 ini bersemadi menjadi Gunung Santubong dan Bukit Sejinjang.
 
Last edited:
Kisah puteri santubong & puteri sejinjang dari segi sudut sejarah

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18.

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.

Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.

Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang?!.


Sumber : Forum Cari
 
Back
Top
Log in Register