BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM
  • ⚠️ Warning: Do not post copyrighted, infringing, pirated, or illegal download links. Any user found posting such content may be permanently banned without further notice.

Lagenda Budak Setan

pada pendapat aq la kan,,kalo nk compare citer ni ngan novel mmg x ptt la..lain la kalo nk buat sekual,,tp ni citer direct terus,,so kena potong2..xpun bagi masa tygan 2-3 jam,,dah macam citer hindi plak,,ekeke..so far citer ni lom masuk tmpt ni lagi@ x masuk,,so tunggu jer la,,kalo x masuk2 jugak,,,tunggu link jer la,,hahaha

huhu... adalah.. part hujung kata ni bahagian satu... tataula ada bape bahagian/sekuel dia... kalau box office adala tu sambungannya...
 
kalo ikut buku ada 3 semuanya...budak setan, katrina ngan kashah...baru lengkap lagenda budak setan....aku syak akan ada sambungan kalau yg ni laku...
 
kalo ikut buku ada 3 semuanya...budak setan, katrina ngan kashah...baru lengkap lagenda budak setan....aku syak akan ada sambungan kalau yg ni laku...

kalau tak laku?? hehehee..paham2 la
 
Ahadiyat Akashah kan?
Aku pernah baca novel dia
Not bad
Nak kena tengok filem ni
 
pada pendapat aq la kan,,kalo nk compare citer ni ngan novel mmg x ptt la..lain la kalo nk buat sekual,,tp ni citer direct terus,,so kena potong2..xpun bagi masa tygan 2-3 jam,,dah macam citer hindi plak,,ekeke..so far citer ni lom masuk tmpt ni lagi@ x masuk,,so tunggu jer la,,kalo x masuk2 jugak,,,tunggu link jer la,,hahaha

betul la tu ..kalu nk compare ngan buku da jadi berjam2 dah.so dia org cuba buat the best utk tayangan hampir 2 jam tu.apa2 pun memang the best ler...:)paid
 
baik baca novel lagi dari tgk wayang..semua kat filem merapu je..
 
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa – apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

ok thanks....dah faham..x yah tgk wayang....:)paid
 
aku x puas ati sebab ayu plastic surgery siap kaler kulit sekali bertukar..hu3 :p:p:p
 
aku pun harap begitu. harap2 filem ni akan jadi box office, then ahadiat akasyah dapat royalti dr filem ini. so, dapat laa dia bangun kembali selepas jatuh bankrup.

aku kesian kt dia. dia seorang yg kreatif dan sgt berbakat. dia ni senasib laa dgn kartunis ujang. naik cepat, jatuh pun cepat. :(

* aku pun tak sabar nak tgk movie nih. novel dah layan dr budak setan the series pastu layan plak lagenda budak setan yg tebal (lepas dia gabungkan semua series budak setan + kisah katrina)

Ada kisah disebalik dua orang nih....menyebabkan Ujang hilang hak cipta Majalah Ujang dan watak Din Beramboi....Wallahulam
 
Back
Top
Log in Register