eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
SUBANG JAYA: Seorang lelaki menyamar sebagai anggota polis hanya kerana mahu mengelak membayar bil makanan berharga RM5 ditahan selepas selesai menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Kenari, Puchong di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, lelaki terbabit datang ke restoran berkenaan untuk makan, namun sejurus selesai menjamu selera, dia dikatakan enggan membayar bil dan menggunakan alasan yang dia sebenarnya anggota polis.
Tindakan ***** lelaki terbabit akhirnya menjerat diri sendiri apabila pemilik restoran yang curiga dengan tingkah laku lelaki itu kemudian menghubungi polis.
Difahamkan, lelaki itu yang cuba berlagak samseng berkeras tidak mahu membayar bil dan cuba beredar dari restoran terbabit.
Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, bagaimanapun lelaki itu ditahan sejurus dia keluar dari restoran berkenaan.
Menurutnya, suspek berusia 22 tahun itu dipercayai tidak bekerja dan hasil ujian air kencingnya pula didapati positif dadah.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, cubaan seorang lelaki meminta wang perlindungan dengan menyamar sebagai anggota polis gagal apabila dia ditahan.
Menurut Zainal Rashid, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan berhampiran Pasar raya Tesco, Puchong kerana cuba memeras ugut warga asing yang tinggal di rumah kongsi di kawasan terbabit.
“Suspek cuba meminta wang tunai RM 10 daripada setiap penghuni rumah kongsi itu kononnya sebagai wang perlindungan.
“Bagaimanapun, seorang daripada penghuni rumah kongsi itu menghubungi polis selepas dia mencurigai tindakan suspek,” katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 170 dan 385 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan melakukan pemerasan.