BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ Labbaik Allah Hummalaibaik ~

masjid kristal...

masjid%2Bkristal.jpg


20071017202258_dsc_3351%255B1%255D%5B1%5D.jpg

aduh..cantiknya masjid kristal..aku lum smpai sna lg...:D
 
Kat sana memang takde sistem perparitan, takde longkang langsung kat mana2, hujan setahun sekali je. Bila hujan senang sangat banjir, terutama kat kawasan kaabah tu kawasan rendah, dikelilingi bukit.
 
Jemaah kita bebas pemeriksaan pasport di Madinah tahun depan

Daripada ZULKEFLI SALLEH

MADINAH 2 Nov. - Pemeriksaan pasport untuk jemaah haji masuk ke Madinah dari Mekah akan dikecualikan bagi musim haji depan untuk jemaah haji Malaysia.

Konsul Haji Malaysia di Arab Saudi, Khalid Noordin berkata, semua jemaah haji dari Mekah ke Madinah kini diwajibkan berhenti di suatu tempat di panggil Stesen Al-Hijrah untuk menjalani pemeriksaan pasport.

"Pemeriksaan itu mengambil masa dan pengecualian berkenaan melegakan jemaah haji Malaysia," katanya kepada pemberita Malaysia selepas mengunjungi Ketua Pengarah Kementerian Haji Arab Saudi sektor Madinah, Hassan Al-Bakri di pejabatnya di sini hari ini. Turut hadir Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji, Mohd. Salleh Abd. Muvin yang juga ketua rombongan haji Malaysia.

Khalid berkata, Arab Saudi bercadang melaksanakan peraturan baru tersebut dan memberi penghormatan kepada jemaah haji Malaysia sebagai negara pertama kerana disiplin dan urusan haji yang teratur.

Katanya, Arab Saudi memuji tabung haji dan jemaah haji Malaysia kerana menjadi contoh pengurusan haji dan jemaah haji yang sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur haji yang dikuatkuasakan di Arab Saudi.

Katanya, tabung haji hanya perlu menunjukkan dokumen penginapan untuk membolehkan jemaah haji Malaysia untuk menikmati pengecualian pemeriksaan pasport untuk masuk ke Madinah.

Sementara itu, hampir 4,000 jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah hingga malam ini menerusi 10 penerbangan haji sejak Khamis lepas.

Kota suci Madinah, di mana terletak Makam Rasulullah dan Masjid An-Nabawi dibanjiri jemaah haji dari Turki, Pakistan dan Indonesia yang datang mulai minggu lepas.

- Bernama

aku respect la.... kat orang malaysia yang sopan santun :)paid
 
hmm..bayar hutang dulu sebelum g umrah....
 
Haji adalah pemisahan dari diri untuk menyatu dengan Yang Esa dan mendaki puncak makrifat. Haji adalah pembebasan jiwa dari berbagai macam noda untuk kemudian menghiasinya dengan logika dan kelembutan-kelembutan rohani. Oleh sebab itu, beruntung sekali orang-orang yang berhasil mendatangi wilayah malakut di Baitullah, Kaabah. Kerana itu pada hari-hari haji ini suasana kota Mekah , tanah kelahiran Rasul terakhir, sukar untuk dilukiskan.
 
mak sy br je btolak td kat kelana jaya..dia jd petugas....
 
Back
Top
Log in Register