BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Laba Petronas RM40b

real_rolls

Super Active Member
Messages
6,726
Joined
Jun 5, 2006
Messages
6,726
Reaction score
266
Points
81
PETROLIAM Nasional Berhad (Petronas) mencatatkan kenaikan sebanyak 50.9 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM40 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun kewangan 30 September 2011 berbanding RM26.5 bilion yang dicatatkan pada separuh pertama tahun kewangan sebelumnya.

Perolehan bagi enam bulan pertama turut meningkat sebanyak 25.3 peratus kepada RM144.8 bilion daripada RM115.5 bilion pada tempoh yang sama sebelumnya manakala keuntungan selepas cukai meningkat kepada RM18.35 bilion berbanding RM11.89 bilion tahun lalu.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, keuntungan yang dicatatkan itu susulan peningkatan terhadap minyak sehingga 0.8 peratus berikutan wujudnya permintaan daripada pasaran baru.


“Malah, permintaan terhadap gas asli cecair (LNG) juga mencatatkan peningkatan, namun harga minyak mentah menunjukkan kemerosotan berbanding suku pertama tahun ini,” katanya selepas pengumuman prestasi kewangan suku kedua 2011 di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, hasil yang diterima juga meningkat sebanyak 26 peratus kepada RM71.8 bilion berikutan kadar harga pada rangkaian produk yang ditawarkan Petronas.


Bagi segmen perniagaan, Petronas mencatatkan pendapatan kasar RM181.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding RM146 bilion yang dicatatkan tempoh sama tahun lalu.
 
burp...alhamdulillah
 
Ini berita gumbira bagi puak2 penyangak UMNO!
 
hurm kalau naik, npe sume dept kat petronas melaka kena cut kos budget 10% utk 2012?
 
aik...thn lepas bukan 80 billion ke??? nape thn nie 40 jer.. :P
 
Untung tu dwpa kira macamna pun xtau.sat kata untung sat kata rugi
 
cukai apa dicaj tu?.....tak paham ambo...
 
negeri yg kuar minyak dpt ape...patut negeri tu plg byk dpt hasil....
 
geng umno senyum ajer....sumber pendapatan mencurah² masuk ke dlm kocek...
 
Back
Top
Log in Register