BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kutipan tol elektronik 1 Jun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Muhammad Fuad (kiri) dan Idrus menunjukkan tawaran promosi PLUS sempena pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di Plaza Tol Mambau dan Lukut yang bermula 1 Jun depan.​

SEREMBAN - Plus Malaysia Berhad (Plus) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di Plaza Tol Mambau dan Lukut bermula 1 Jun depan.

Pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik itu sebagai inisiatif untuk membantu pengguna lebuh raya menikmati perjalanan lebih lancar di kedua-dua plaza tol tersebut.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi berkata, bermula 1 Jun, semua transaksi tol di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Persekutuan Seremban - Port Dickson (SPDH) akan dikendalikan sepenuhnya secara elektronik sama ada menerusi kad PLUSMiles, kad Touch 'n Go atau SmartTAG.

"Langkah ini merupakan salah satu daripada langkah syarikat ini menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah, pantas dan selesa.

"Penggunaan sistem tol elektronik ini juga mampu mengurangkan kesesakan kenderaan di plaza tol dan ia terbukti dengan pelaksanaan di tujuh plaza tol sebelum ini," katanya dalam sidang media selepas taklimat kepada media berhubung pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik 100 peratus di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Bahagian Pengawasan Tol Lembaga Lebuhraya Malaysia, Idrus Md Tais.

Menurutnya, orang ramai yang menggunakan kedua-dua plaza tol itu digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik.

"Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch 'n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di kedua-dua plaza tol terbabit bermula 1 Mei hingga 31 Ogos ini.

"Selain daripada itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan SmartTAG dengan harga istimewa RM105 mulai 1 Mei hingga 30 Jun ini di Plaza Tol Mambau dan Lukut," katanya.

Mohammad Fuad berkata, Plus turut menawarkan rebat 20 peratus untuk pengguna kenderaan kelas satu yang membayar tol menggunakan kad PLUSMiles, Touch n' Go atau SmartTAG di Plaza Tol Mambau dan Lukut.

"Pengguna akan mengalami penjimatan bayaran tol melebihi RM48 setiap bulan bermula 1 Jun hingga 30 September ini," katanya.
 
Back
Top
Log in Register