TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
SEREMBAN – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menggalakkan pasangan bukan Islam yang bakal mendirikan rumah tangga mengikuti kursus perkahwinan anjuran jabatan itu bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) Negeri Sembilan .
Pengarah JPN Negeri Sembilan, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, kursus berkenaan dijalankan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Tamil dan Mandarin bagi memudahkan peserta memahami maklumat disampaikan.
Beliau berkata, banyak perkara yang memberi manfaat boleh dihayati oleh pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga melalui kursus itu.
“Pakar-pakar kaunseling dari LPPKN akan terlibat dalam sesi ceramah di dalam kursus tersebut. Selain daripada memberikan penerangan dan pendedahan kepada pasangan belum berkahwin berkenaan cara komunikasi yang berkesan dalam rumah tangga,
kemahiran untuk menguruskan konflik rumah tangga dan pengetahuan berkaitan undang-undang perkahwinan di Malaysia turut akan disampaikan dalam kursus tersebut,” katanya di sini, semalam.
Mohd Faizal berkata, program kursus selama dua hari itu terbuka kepada semua bakal suami isteri dan ditawarkan di seluruh negara melalui LPPKN dan syarikat-syarikat yang dilantik.
Dalam perkembangan berkaitan, katanya, kerajaan memandang serius terhadap masalah penceraian yang berlaku dan menjadi hasrat murni kerajaan untuk mengurangkan kadar perceraian yang semakin meningkat dalam kalangan pasangan bukan Islam.
"Antara berlakunya perceraian berpunca daripada faktor seperti perbezaan prinsip agama, karier dan anak, keganasan rumah tangga, kesukaran kewangan, kurangnya komunikasi, masalah hubungan seksual, pasangan curang dan krisis moral dan akhlak
peribadi pasangan," katanya.
Menurutnya, berdasarkan statistik jumlah permohonan tribunal perkahwinan bagi tujuan mendapatkan petisyen perceraian dari 2011 hingga tahun ini menunjukkan peningkatan, di mana bagi tahun 2011 sebanyak 263 permohonan tribunal perkahwinan diterima melibatkan 129 pasangan kaum Cina, 125 pasangan kaum India dan meningkat pada 2012 sebanyak 284 untuk pasangan kaum Cina dan 144 pasangan kaum India.
“Manakala sehingga Oktober 2013, JPN Negeri Sembilan menerima sebanyak 242 permohonan daripada pasangan kaum Cina dan 129 pasangan kaum India,” katanya.