BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kurma Ajwa Madinah (Gred A mix Large)

ciNTasUCi

Fun Poster
Messages
343
Joined
Dec 27, 2008
Messages
343
Reaction score
0
Points
10
KURMA NABI/AJWA GRED 1 (250grm)



Kisah dan asal usul kurma ajwa

Ini untuk berkongsi kisah asal-usul adanya buah kurma Ajwa ini yang dikatakan bermula selepas Nabi Muhammad S.A.W menanamnya sendiri.

Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Setelah selesai iftar, biji buah kurma tersebut kemudian ditanam oleh Rasulullah S.A.W. Bermula dari peristiwa itulah seterusnya pokok kurma Ajwa ni membesar di kawasan Madinah. Dan dimaklumkan juga kurma Ajwa tidak akan hidup dan berbuah di mana-mana tempat selain Madinah.



Diantara Hadis-Hadis Dan Riwayat Berkaitan Buah Kurma:

1. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

2. Daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.

4. Daripada Abdullah bin Jaafar r.a katanya: “Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w memakan mentimun Arab dengan buah kurma masak”.

5. Hadis Saad r.a: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang”.

6. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud : “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.

7. Daripada Anas bermaksud : “Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Rasulullah s.a.w. akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air.” (Hadis riwayat Ahmad)

8. Riwayat daripada Muhammad b. Ali al Husayn bermaksud:” Kurma Ajwa adalah daripada syurga dan daripadanya ia menjauhkan racun (Al-Samm)”

9. Diriwayatkan pula oleh Amirulmukminin Ali bin Abi Talib:” Barang siapa yang memakan kurma Ajwa tujuh kali sebelum tidur, ia akan menghapuskan penyakit atau keracunan (Al-Dud ) di dalam tubuhnya “

10. Riwayat tentang kurma daripada Ahlul Bait Rasullallah s.a.w pula, berkata Imam Ali as yang berbunyi; Jibrail as datang kepada Nabi s.a.w dan berkata,” Bergantunglah pada Al-Barni kerana ia adalah jenis kurma yang terbaik. Ia membawa manusia terhindar dari api neraka”

11. Rasullallah s.a.w pula bersabda, ” makanlah kurma sebelum sarapan untuk ia membunuh cacing di dalam perut”

12. Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma(Hadis Riwayat Bukhari). Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

13. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah S.A.W memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

14. Hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”



CASH ON DELIVERY (COD) SEKURANG-KURANGNYA 2 KG
Merangkumi kawasan sekitar SUBANG JAYA / SHAH ALAM DAN PETALING JAYA
Jika Postage TIADA MINIMUM ORDER diperlukan

KOS PENGHANTARAN
Penghantaran akan menggunakan POSLAJU MALAYSIA
Kos Poslaju = (Semenanjung Malaysia - Bergantung pada TEMPAT dan BERAT))
= (Sabah dan Sarawak - Bergantung pada TEMPAT dan BERAT))


CONTACT PERSON
sms - 012 3393 753(eizul)
[email protected]


BARANG BAIK KUALITI GRED 1..!!! SUKAR NAK DITEMUI DI MALAYSIA... SEGERA DAPATKAN DAN TIDAK RUGI MEMILIKINYA HARI INI..!!!!!..:D
 
Last edited:
Peluang keemasann untuk dpatkan kurma Nabi hanya hidup di Madinah sahajee....
mariiiiii belii.... jgn tunggu bulan puasaa shaja...... :D
 
tt...barang dah sampai..terima petang td...nanti saya upload picture (kalau tahulah)..tq ya...
 
Terima kasih yerk kerana membeli... siap ade gmbr sekali sampai dengan selamatnya.... btw, Selamat merasai kesegaran dan kenikmatan kurma Ajwa yg diimport khas dr Quba, Madinah Al-Munawarah... terus ke Kuala Lumpur dan ke Bintulu, Sarawak... jauh perjalanan tuu... :D

tgh makan ni pun..hehehe...ambil picture utk entry blog saya td...anyway lain kali order lagi..:D
 
Back
Top
Log in Register