BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kunyit Bantu Halang Kanser

hatsuharu

Fun Poster
Messages
139
Joined
Jan 11, 2010
Messages
139
Reaction score
5
Points
15
Sebuah kajian terbaru mendapati bahawa kunyit atau rempah-rempah yang biasa digunakan untuk menambah rasa serta warna makanan dapat memberikan kesan kemopreventif yang signifikan terhadap kanser hati.
Di dalam kajian tersebut,berlakunya halangan proliferasi sel dan stimulasi apoptosis apabila kunyit diberikan kepada tikus makmal dengan diethylnitrosamine ( DEN ) yang dikenal pasti menyebabkan kanser hati. Karsinoma hepatoseluler ( HCC ) atau kanser hati adalah kanser kelima yang paling umum serta menjadi antara tiga penyebab utama kematian kanser di dunia.
Sebelum itu,beberapa kajian telah menunjukkan bahawa kunyit mengandungi zat anti-oksida,anti-kanser dan anti-inflamasi. Kumpulan penyelidik diberikan kunyit kepada haiwan kajian dengan dos 75mg/kg , 150 mg/kg , dan 300 mg/kg setiap hari selama dua minggu setelah suntikan DEN dan kemudian dilanjutkan selama 22 minggu.
Hasilnya menunjukkan kunyit secara signifikan mengurangi jumlah dan kejadian pembengkakan hati. Pada haiwan yang menerima dos tertinggi pula,berlaku halangan pembengkakan hati secara signifikan.
 
jom makan nasi ayam goreng kunyit untuk menambah pengambilan kunyit harian kita:P
 
Back
Top
Log in Register