Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,879
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,879
- Reaction score
- 290
- Points
- 146
Kunjungan masyarakat Kampung Batu Laut yang merupakan Kampung Angkat MADANI Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) ke Wisma Bernama hari ini menjadi manifestasi penting dalam usaha memperkukuh kerjasama dua hala di bawah Program Santuni MADANI: Satu Pemimpin Satu Kampung.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata lawatan tersebut juga adalah kesinambungan daripada inisiatif agensi berita itu untuk menyantuni rakyat serta meningkatkan potensi komuniti menerusi libat urus berterusan dan pemantauan berkala.
"Lawatan ini amat besar maknanya kepada kami dan menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas dan mesra rakyat sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi yang menyediakan berita terkini yang sahih dan komprehensif.
"Ia bukan sahaja memperkukuh hubungan Bernama dengan warga Kampung Batu Laut, malah menzahirkan komitmen bersama dalam memelihara warisan negara demi manfaat generasi masa depan, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI," katanya.
Nur-ul Afida berkata demikian pada majlis sambutan kunjungan delegasi tersebut di Dewan Bernama di sini. Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama merangkap Ketua Program Santuni MADANI Bernama Sharifah Zaini Syed Zain
Sementara itu, Nur-ul Afida berkata menerusi inisiatif Santuni MADANI di kampung berkenaan, pelbagai program disusun oleh Sekretariat Santuni MADANI Bernama bagi tahun ini.
Antaranya ialah Bengkel Terapi Mewarna, Bengkel Kenali Diri, Bengkel Canva, sesi bimbingan bersama AKRAB Bernama, Bengkel Biblioterapi, Bengkel Penulisan, Taklimat Keselamatan Jalan Raya serta Sukan Rakyat.
Nur-ul Afida turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga dan penduduk kampung atas pemergian mantan ketua kampung itu, Allahyarham Subandi Sangadi, yang banyak menyumbang jasa sepanjang tempoh kerjasama dalam pelaksanaan program sebelum ini.
Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Abdul Wafiq Sani atas pelantikan sebagai Ketua Kampung yang baharu dan berharap amanah tersebut dilaksanakan dengan penuh dedikasi.
Kunjungan Warga Kampung Batu Laut Ke Bernama Perkukuh Program Santuni MADANI
kampung angkat MADANI, Kampung Batu Laut, kunjunga