Don Malaya
CG Top Poster Club

- Messages
- 27,600
- Joined
- May 3, 2011
- Messages
- 27,600
- Reaction score
- 1,139
- Points
- 171
Walaupun aku suka Nirvana, XPDC, Def Leppard, Wings, Search, tapi lagu ini mmg segar dalam ingatan aku. Pendek kata, hampir 95% lagu-lagu sekitar awal 80-an hingga akhir 90an mmg berkualiti dan mempunyai muzik yang tinggi nilai seninya berbanding muzik masa kini yang sekadar tangkap muat dan keuntungan semata mata
Walaupun hampir berumur.. tapi rockers - rockers wanita kita maintain cun!!
Roxa
Nama sebenarnya Rosalwa Saleh. Asal Segamat, Johor. Selalu menjuarai Adu Bakat di sekitar KL dan JB
Y
Awek Rock dari Singapura??
SHIMA
Ku Nazhatulshima Kamarazzaman @ Shima terkenal dengan lagu-lagu Rock Balada di sekitar awal 90an seperti Di Sebalik Sejuta Wajah, Teringin dan Setelah Aku Kau Miliki. Berasal dari Banting Selangor, Shima pernah menganggotai kumpulan Shima And The Boys sebelum menyanyi secara solo. Setakat ini Shima telah merakamkan 7 buah album solo. Selain menyanyi, Shima pernah menjadi model iklan dan pernah juga berlakon. Usia Shima kini menggapai 41 tahun tapi masih lagi cun
Rozanna
Mempunyai satu album. Lagu best Rozanna adalah Nyata atau Khayalan dan Pelamin Mimpi
Kumpulan Puteri
Kumpulan Rock wanita yang berasal dari Singapore
ABOT
Ni orang Nogori Smilan ni. Narimah Mohamad nama sebenar dia. Abot merupakan isteri kepada Jack FTG. Lagu popular Abot, Camar dicipta oleh Abot sendiri ketika dia berusia 13 tahun. Usia Abot kini ialah 35 tahun
Ruhil Amani Hussein
Ruhil Amani Hussein
Ruhil adalah antara penyanyi Rock wanita yang termuda sekitar tahun 90an. Pernah menganggotai kumpulan Metal Child. Penyanyi yang popular dengan lagu Kawan ini menetap di luar negara selepas berkahwin
Tila
Nama sebenar Fathilah Intan. Pernah popular dengan lagu Rela. Hingga sekarang lagu Rela sering diputarkan di stesen-stesen radio
Elia
Lagu hits - Biar
Sumber