BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kumpulan Anak Monyet dicekup

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ahli PPKM mengutip barangan yang bersepah setelah dipecahkan ahli kumpulan Anak Monyet.

image.jpg

Antara pintu premis yang diumpil suspek.


KULIM - Polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim bersama ahli Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat (PPKM) Kulim berjaya menahan dua dari empat remaja berusia 14 hingga 16 tahun dipercayai ahli kumpulan Anak Monyet.

Suspek ditahan kira-kira jam 3.30 pagi semalam, ketika sedang mengumpil pintu sebuah premis perniagaan di sini.

Ketika ditahan dua dari suspek terlibat berjaya melarikan diri ke kawasan perumahan sebelum menyorok di belukar terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

Menyedari dua ahli kumpulan itu ditahan polis, suspek yang bebas bertindak agresif dengan mengumpil tiga kedai lain termasuk sebuah gerai menjual keropok serta mainan di tengah pekan Kulim.

Sehingga kini polis masih menjejaki dua suspek terlibat dan akan menahan mereka dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, permasalahan sosial dalam kalangan remaja bawah umur hari ini semakin membimbangkan.

Menurutnya, selain terlibat dalam aktiviti jenayah, kumpulan ini juga melakukan pelbagai kegiatan menyalahi undang-undang termasuk pengedaran dadah.

“Kami meminta ibu bapa dan guru untuk mengambil serius tentang masalah ini. Jangan terlalu memanjakan anak-anak sehingga merosakkan akidah mereka.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk menahan sesiapa sahaja melakukan aktiviti jenayah,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register