BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuil haram tepi NPE: PH buat apa?

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,968
Top Poster #3
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,968
Reaction score
1,292
Points
206
BINAAN KUIL DI TEPI LEBUHRAYA NPE: PIHAK BERKUASA WAJAR MEMBERIKAN PENJELASAN

1- Pemuda PAS Lembah Pantai memandang serius isu kewujudan sebuah binaan kuil bersebelahan Lebuhraya NPE yang telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan masyarakat.

2- Persoalan utama yang perlu dijawab ialah sama ada pembinaan tersebut telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan serta mematuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan.

3- Sekiranya ia diluluskan, pihak berkuasa sewajarnya tampil memberikan penjelasan kepada orang ramai. Jika sebaliknya, tindakan penguatkuasaan hendaklah dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

4- Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan ini bukan bertujuan membangkitkan sentimen perkauman atau menyentuh sensitiviti mana-mana agama.

5- Isu yang dibangkitkan adalah berkaitan pematuhan undang-undang, tadbir urus dan kebertanggungjawaban pihak berkuasa, yang seharusnya dilaksanakan secara adil dan saksama tanpa mengira latar belakang.

6- Oleh itu, Pemuda PAS Lembah Pantai mendesak pihak berkuasa seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), serta pihak pengurusan Lebuhraya NPE untuk memberikan penjelasan berhubung status binaan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang.

7- Kami turut menyeru semua pihak agar bertenang, tidak membuat sebarang spekulasi atau tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan, serta menyerahkan perkara ini kepada proses undang-undang dan tindakan pihak berkuasa.

“Keadilan mesti ditegakkan, undang-undang mesti dikuatkuasakan tanpa pilih kasih.”

USTAZ AIMAN
KETUA PENERANGAN DPPKLP
 
IMG_6476.jpeg
 
Ada patung macam naruto

 
Back
Top
Log in Register