BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuih

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Wan Sapinah (dua kanan) memerhatikan Penyelaras Parlimen Bachok, Datuk Dr Ilias Husain (tengah) yang cuba mengacau sagu untuk membuat kuih sanggupa dekat sini.​

BACHOK - Kuih muih tradisional kini semakin dilupakan terutamanya di kawasan bandar yang dipenuhi pelbagai masakan moden memenuhi cita rasa generasi baru.

Namun, di Kampung Sri Kemunting, masakan tradisi masih dikekalkan dan diwarisi untuk generasi muda di situ melalui majlis kenduri setempat.

Wan Sapinah Wan Hassan,51, berkata, antara kuih tradisi yang masih dikekalkan di kampung itu ialah 'sanggupa' (ada juga disebut asam gumpal).

Menurutnya, kuih itu mungkin semakin sukar dibeli di bandar namun resipi kuih itu masih menjadi menu manisan utama untuk sesuatu majlis.

"Biasanya kuih ini dibuat untuk jamuan kenduri, tahlil atau pemanis mulut dalam sesuatu majlis. Kaedah pembuatannya tidak begitu rumit tetapi mungkin tidak ramai yang mahu melakukannya kerana ia lebih mudah dilakukan secara gotong- royong.

"Bahan utama kuih ini ialah sagu, santan, bahan perasa seperti gula dan garam. Cara memasaknya ialah dengan memanaskan air hingga mendidih sebelum dimasukkan sagu. Ia perlu dikacau sehingga nampak likat dan berkilat. Bila dah masak ia dituangkan dalam dulang dan disejukkan sebelum dipotong kecil," katanya.

Wan Sapinah berkata, kuah untuk sanggupa pula dibuat dengan memasak santan yang dicampurkan gula dan garam.

Apabila ia masak, kuah itu sedia untuk dicampurkan dengan sagu masak yang sudah dipotong dan dihidangkan kepada tetamu.

Beliau berkata, proses memasak sanggupa itu mengambil masa lebih sejam dan sekilogram sagu boleh dihidangkan untuk 100 orang tetamu.

"Hari ini kami masak untuk kenduri arwah. Kalau kenduri arwah, masakan akan digilirkan dengan makanan berat dan ringan seperti bihun goreng, nasi gulai ayam dan sebagainya," katanya.
 
Back
Top
Log in Register