BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kucing liar cederakan anak

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Zaiwayah menunjukkan kesan cakar pada kaki anaknya.
< 1 / 1 >
BAGAN - Seorang ibu gusar mengenai masalah kucing liar yang didakwa telah mencederakan anak perempuannya, Sarah Sofia Saad, 10, di Kampung Permatang Manggis di sini, semalam.

Zaiwayah Jiwa, 46, berkata, masalah kucing liar ini sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun belum mendapat maklum balas setakat ini.

“Anak saya cedera akibat dicakar kucing terbabit dan saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan tegas mengenai isu ini.

“Rumah saya yang terletak berhampiran Pasar Awam Kepala Batas, seolah-olah menjadi tempat individu tidak bertanggungjawab membuang kucing dan hal itu memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu, Zaiwayah berkata, ketika kejadian dia pergi menunaikan solat Aidiladha.

“Waktu tu, abangnya balik, dia lihat Sarah Sofia menangis teresak-esak akibat dicakar kucing, nasib baik lukanya tidak terlalu dalam sebab risau kesan jangkitan kumannya nanti berbahaya kepada anak saya ini.

“Anak sulung saya segera menghalau kucing yang mencakar adiknya itu, malangnya dua tiga hari saja kucing tersebut hilang, lepas itu datang semula," katanya.

Menurutnya, kebanyakan kucing yang berkeliaran di situ berpenyakit, ibu mentua yang tinggal bersamanya turut batuk, didakwa kesan alahan dari haiwan itu.

“Ada juga kucing yang mati, baunya teramat busuk sampai nak makan pun saya tak berselera,” katanya.

Zaiwayah berharap, pihak PBT lihat sendiri keadaan yang berlaku ini seterusnya mengambil tindakan yang wajar.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kucing-liar-cederakan-anak-1.323561
 
Kucing liar penakut, mana serang org. Kecuali kena kacau..lebih2 lagi ko bawa lari anak dia.
 
haha..kucing xkan suka2 terkam org klau x disakiti...x dikacau..
 
kucing tu tak akan cederakan manusia jika tidak dikacau.
 
biasa aku dgr anjing liar...ni kucing plak
 
erkk..serius?

kucing je pun alahai
 
Entah2 anak dia pijak ekor kucing tu,kucing tu nak menyelamatkan diri dia cakar la...dia xtanya ke anak dia dulu? Jangan sbb statement ni nt org racun kucing besar besaran plak
 
jangan main2 bro.. kene gigit kucing pon masuk paper.. hahahahah :)):)):)):))

gigit ak tau bahaya jgk bole lumpuh tu. penah ad kes doc vet cite kt ak dulu

ni kena cakar je pun :)) ek eleh
 
Back
Top
Log in Register