BTC USD 84,125.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kubu cinta terakhir

anuarul

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,150
Joined
Jan 9, 2009
Messages
26,150
Reaction score
104
Points
133
SEORANG gadis, Anita, ketika itu sedang jatuh cinta di Agra. Negeri di bahagian utara India itu tidak sama seperti tempat-tempat lain di dunia.

Bagi Anita, agaknya itulah pengalaman pertama dia dipukau oleh keindahan, mistik dan keajaiban dunia. Tetapi gadis itu bukannya melayangkan jiwa untuk berteleku kepedihan demi seorang lelaki. Dia hanya mencuba untuk merasakan cinta, di tempat di mana cinta diraikan dan diingati - Taj Mahal.

Ternyata tiada kata-kata yang mampu mengungkapkan perasaan waktu itu. Kesunyian adalah segala-galanya. Orang tertinggal dan larut dalam diri sendiri sambil mata dan hati menjadi semakin cair. Apa yang ada di depan Anita adalah sebuah binaan agung yang tidak akan ada lagi salinan keduanya di mana-mana pun.

Penuh kontradiksi. Binaan sebesar itu sebenarnya dibangunkan dengan berjuta-juta sentuhan kecil. Maksudnya ialah ketelitian pada setiap kubik-kubik kecil yang disertakan di situ.

Semuanya, dari awal hingga akhir adalah satu kerja seni luar biasa yang waktu ini tidak lagi terjangkau oleh imaginasi manusia. Apa lagi untuk membangunkan sebuah binaan lain yang dapat menandinginya.

Ini kerana, akan ada kekurangan yang membezakan antara Taj Mahaj dengan binaan-binaan lain. Taj Mahal hadir bersama cerita-cerita kasih sayang, kepedihan hidup, ketamakan kuasa serta kebusukan hati manusia.

Pautan emosi-emosi itulah yang memberi nyawa kepada Taj Mahal. Memang, yang diingat orang hanyalah cinta antara dua insan yang membolehkan binaan itu tersergam. Kisah-kisah lain tenggelam oleh putik-putik cinta tersebut.


Shah Jahan dan Mumtaz

Tahun 1631 bersamaan dengan tahun ke-1040 Hijrah, pada suatu hari yang panas dan kering, Mumtaz sarat mengandung kali ke-14 dan menunggu waktu untuk melahirkan anak. Dia berusia 38 tahun. Tetapi, ketika itu, ada perkara yang tak kena dengan kandungannya.

Tiba-tiba kita membayangkan suasana jadi cemas. Shah Jahan dan Mumtaz melupakan permainan catur yang sedang dinikmati. Darah terus menerus keluar tanpa henti dan membuatkan Mumtaz semakin lemah. Doktor-doktor yang dibawa waktu itu juga tidak mampu melakukan apa-apa.

Di hujung nyawa ketika itu, Mumtaz kemudiannya membisikkan sesuatu kepada telinga suaminya. Pertama, Mumtaz meminta agar Shah Jahan memelihara cinta abadi mereka dan berjanji untuk tidak berkahwin lagi.

Sebagai permintaan terakhir, Mumtaz mahukan sebuah tempat persemadian umpama mahligai di dunia, sama seperti apa yang pernah hadir dalam mimpinya. Selepas beberapa ketika melahirkan bayi perempuan itu, catatan sejarah mengingatkan kita bagaimana pemergian Mumtaz waktu itu dengan baris ayat-ayat ini:

Ketika dia membawa keluar mutiara terakhir itu, dia mengosongkan badannya sama seperti tiram.

Mumtaz tiada lagi. Shah Jahan waktu itu kecundang kepada perasaan sendiri. Dua tahun dia menyepi diri dan yang terlekat di fikirannya adalah bayangan mahligai yang diminta oleh isteri tersayang yang sudah pergi.

Dalam tempoh itu, dia mendiamkan diri, mencari dan memikirkan batu-batu permata dan kain pakaian yang sesuai untuk dikenakan bagi mengingati pemergian Mumtaz.

Apa yang masih tersisa hari ini adalah hasilnya. Taj Mahal, yang tidak diketahui secara sahih siapakah arkiteknya siap. Memang Shah Jahan yang mengusahakan pembinaan itu.

Dia memanggil tukang seni dari segenap rantau, antaranya Amanat Khan, seorang tukang kaligrafi dari Shiraz di Iran. Dia merupakan satu-satunya individu yang dibenarkan oleh Shah Jahan untuk meninggalkan sentuhan kaligrafinya pada tembok dan dinding di Taj Mahal.

Tetapi, simbol yang sepatutnya bertahan lama dan untuk kebaikan itu diconteng arang. Taj Mahal menjadi antara kemegahan empayar Moghul dan dihormati seluruh dunia.

Kerana kepentingan strategiknya itu jugalah membuatkan ramai orang yang cemburu dan ingin memiliki Taj Mahal. Lebih tragis, perebutan itu bukanlah orang yang berada jauh daripada Shah Jahan. Anak Shah Jahan sendiri, Aurangzeb menjadi pencemar.

Ketika hayat Shah Jahan sepanjang usia 73 tahun, beliau sempat melihat anak-anaknya bergaduh sesama sendiri. Aurangzeb membunuh dua adik-beradiknya dan beberapa orang lagi cucu Shah Jahan.

Shah Jahan sendiri menghabiskan sisa hidupnya di dalam kurungan penjara di Kota Merah, tidak berapa jauh dari Taj Mahal. Dari kota itulah Shah Jahan melalui hari-hari terakhir dengan meninjau keluar jendela. Melihat sungai Jumna yang mengalir lesu dan tentunya meratapi dalam kesedihan ketika melihat Taj Mahal.

Apa yang sepatutnya menjadi satu mahligai yang suci telah bertukar menjadi bencana besar bagi empayar Moghul. Kekuasaan, ketamakan dan nafsu adalah perkara yang sudah lama merobohkan Taj Mahal. Tiada siapa mengetahui apa yang dirasakan oleh Shah Jahan ketika menghembus nafas. Tetapi, kesedihan tentunya menjadi teman paling akrabnya waktu itu.

Untuk kita yang masih hidup hari ini, Taj Mahal sekurang-kurangnya mengingatkan kita bahawa di dunia ini masih ada sebuah lagi tugu cinta yang menjadi simbol kepada kehidupan yang sepatutnya menjadi lebih baik.

Cinta masih mekar di hati Shah Jahan dan Mumtaz Mahal. Begitu jugalah hendaknya kepada seluruh umat manusia.




.
ps: Taj Mahal bukti Cinta AGung dua manusia :D

link artikel di sini KOSMO!
 
Shah Jehan sebenarnya sudah 'tidak waras' utk mentadbir empayar mogul selepas kematian mumtaz.. manakala anaknya Maharaja Aurangzeb atau nama islamnya Al-Sultan al-Azam wal Khaqan al-Mukarram Abul Muzaffar Muhi ud-din Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I telah meluaskan lagi empayar mogul dalam beberapa siri peperangan penaklukan hebat.

Sumbangan Maharaja Aurangzeb jauh lebih besar daripada Shah Jehan setakat mahligai cinta Taj Mahal, namun sejarah menutupnya supaya ummat Islam lupa pada kekuatan masa silamnya.. namun dibiarkan Taj Mahal supaya ummat Islam leka dengan tugu cinta yang dikatakan abadi itu.

Saya tidak fikir cinta sejati memerlukan taj mahal, cukuplah cinta itu dibuktikan dengan sepenuh keyakinan di hati.
 
first of all, br umo 38 tahun dah nk lahir anak ke 14? :o
second of all, naper shah jehan kener penjara last2 skali?
 
Shah Jehan sebenarnya sudah 'tidak waras' utk mentadbir empayar mogul selepas kematian mumtaz.. manakala anaknya Maharaja Aurangzeb atau nama islamnya Al-Sultan al-Azam wal Khaqan al-Mukarram Abul Muzaffar Muhi ud-din Muhammad Aurangzeb Bahadur Alamgir I telah meluaskan lagi empayar mogul dalam beberapa siri peperangan penaklukan hebat.

Sumbangan Maharaja Aurangzeb jauh lebih besar daripada Shah Jehan setakat mahligai cinta Taj Mahal, namun sejarah menutupnya supaya ummat Islam lupa pada kekuatan masa silamnya.. namun dibiarkan Taj Mahal supaya ummat Islam leka dengan tugu cinta yang dikatakan abadi itu.

Saya tidak fikir cinta sejati memerlukan taj mahal, cukuplah cinta itu dibuktikan dengan sepenuh keyakinan di hati.

nama...panjangnya.....:o:o:o:o

cinta tu xperlu nk wat tugu ker,mahligai ker...sbb cinta pd manusia ni xkekal....hanya cinta pad ALLAH S.W.T jer yg kekal abadi...

cinta manusia ni kn melekakn..silap2 tu yg peknen pastu buang huhuu silap langkah ler kalu dibuai cinta dusta
 
first of all, br umo 38 tahun dah nk lahir anak ke 14? :o
second of all, naper shah jehan kener penjara last2 skali?

anak dia 1thn 1 org la tu....dia kawin muda tu... :D:D:D
 
ramai yang mengkagumi shah jehan atas keagungan cinta dia.. tapi x ramai yg tahu shah jehan potong tangan pekerja2 binaan taj mahal sebab x mahu wujudnya taj mahal kedua..

semuanya atas nama cintakah... :-?:-?
 
ramai yang mengkagumi shah jehan atas keagungan cinta dia.. tapi x ramai yg tahu shah jehan potong tangan pekerja2 binaan taj mahal sebab x mahu wujudnya taj mahal kedua..

semuanya atas nama cintakah... :-?:-?

aku pon pernah dgr kisah dia butakan mata arkitek yg buat taj mahal ni....ish..ish..sungguh kejam :o:o:o
 
aku pon pernah dgr kisah dia butakan mata arkitek yg buat taj mahal ni....ish..ish..sungguh kejam :o:o:o

betul atau tidak yg teman cakap tuh Waalahualam laa.. Teman dapat pun hasil reading n tgk dokumentari..

Tapi rasa sume pembina 7 wonders mmg dapat nasib yg sama.. seperti arkitek n buruh piramid giza.. arkitek babylon.. buruh2 colosseum :):)
 
banyak cerita di "sebalik " taj mahal ni rupenye...ehhehehe
 
Back
Top
Log in Register