ala...air kat atas sinun belum dilepaskan...nanti dah nak penuh kat atas sinun tu...tgk la cam ner sgIsap tu.ngeriiiii
Air kat atas tu mana? Sg Lembing?
Orang cakap Sg Lembing tak naik air pun setakat ni.
Biasa kalau Sg Lembing banjir, dalam sehari dua air akan sampai Kuantan.
Air hanya boleh ditahan di pintu air Sg Kobat sahaja. Tu pun tak lama.
Bila pintu air tu dibuka, memang teru, la Kuantan.
Sekarang bukan hujan di hulu, tapi hujan di hilir.
Tapi sekarang, kalau perasan, JPS buat tebatan banjir hampir sepanjang Sg Kuantan, belah tebing kanan menghilir sungai, belah Sg Isap, Tanah Putih, sampai ke jambatan Tanah Putih dekat Giant.
Jadi, air susah dah nak masuk ke Sg Isap, dan pintu air tebatan ni boleh kawal air.
Masalah yang mungkjn berlaku, dan dah berlaku pun baru ni dan tahun lepas, kalau dulu air sungai boleh naik ke kiri kanan Sg Kuantan, sekarang, hanya boleh kiri sungai mnghilir sahaja, sebab kanan ada tambakan.
Maknanya, air sungai akan melimpah ke Cenderawasih, Bukit Setongkol, serta kawasan dekat Medan Warisan, Giant, Kampung Tengah, Kampung Jawa.
Satu lagi sungai yang akan beri bebanan terhadap Sg Kuantan adalah Sg Galing. Kalau ikut JPS, kawasan tadahan Sg Galing, sepanjang 7km lebih, adalah penting, dan kritikal, sebab tebing sungai ni penuh dengan rumah dan kilang. Tak ada yang boleh tahan /simpan/retent air.
Sungai Talam masih boleh bertahan, sebab hulu Sg Talam adalah padang golf Astana, dan melalui Taman Bandar yang ada tasik, yang mana dua dua boleh retent air.
Tapi ada ura ura selepas Astana ditutup, nak bangunkan jadi kawasan perumahan. Memang habis la retention capability Sg Talam. Dah la Paya Tiga pun dah develop sekarang. Masa tu kawasan Indera Mahkota pulak akan banjir, serta Cenderawasih akan lebih teruk, sebab Sg Talam mengalir ke sana.