BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuala Selangor mahu buktikan

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,197
Points
2,836
su_05.1.jpg

PASUKAN Kuala Selangor mahu membuktikan bahawa mereka bukan pasukan belasahan

"DENGAN pengalaman beraksi pada tahun lalu, kami mahu tampil lebih yakin dan berazam untuk mara lebih jauh pada Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012."

Demikian tegas penjaga gawang pasukan yang mewakili Parlimen Kuala Selangor, Fatimah Hamdan pada kejohanan tiga hari yang bermula di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya semalam.

Fatimah, 21, berkata, dia masih tidak dapat melupakan kekecewaan pada edisi tahun lalu dan berharap kehadiran mereka tahun ini akan berakhir dengan kejayaan.

Katanya, mereka sudah semakin bersemangat untuk melakar kejayaan mara ke peringkat kedua pada kejohanan kali ini dan percaya keserasian antara pemain bukan menjadi suatu isu memandangkan rakan-rakan sepasukan masih merupakan pemain yang sama beraksi pada tahun lalu.

"Sudah tentu kami mahu menjuarai kejohanan ini seperti pasukan lain. Tetapi kami mahu lebih bersikap realistik dengan memberi fokus kepada satu demi satu perlawanan terlebih dahulu.

"Berbanding tahun lepas, kami gagal untuk melepasi peringkat kumpulan, namun pada kali ini biarlah kami melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu sebelum menetap sasaran peribadi untuk muncul sebagai juara," katanya.

"Apa yang lebih penting, kami mahu fokus dan kami memandang serius pada kejohanan kali ini yang dilihat sebagai medan terbaik untuk menebus kekecewaan tahun lalu."
 
Back
Top
Log in Register