BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuala Lumpur ke Hatyai

Photofast

Active+ Member
Messages
4,646
Joined
Jul 16, 2010
Messages
4,646
Reaction score
31
Points
30
Salam,saya nak ke hatyai lalu bukit kayu hitam,saya tak pasti beberapa benda,harap boleh bantu

Kalau saya memandu kereta bukan nama saya,apa document yang saya perlukan ya?saya ada baca yang kena ada surat dari pemilik?tapi,ada jugak yang saya baca kena pergi jpj buat surat?mana satu ya

dan saya baca kena beli insurans,insurans tu nak beli dekat mana sebernya,dekat border ada ke?

dan kalau saya pilih tak bawak kereta masuk,dekat area border tu ada parking yang okay tak?

terima kasih :)paid:)cgrock:)paid
 
sy penah pegi ikut bkt kayu hitam. insuran tu sy beli kat sini je. sblm sampai sempadan tepi2 jalan dah boleh nampak signboard2 untk beli insuran ni. Geran kena ada la, tapi kalau kereta org lain sy xpasti. semua info ni saya google je..

tempt sy beli insuran tu ada sediakan tmpt parking kereta sape2 yg xnk bawa masuk ke thai. mgkin dia ada sediakan transport ke sana la tu
 
Yang ni betul. Insuran boleh beli dekat kedai sblm border. kereta kena ada geran tapi saya masuk dl dgn keta sendiri. keta org lain x pasti.
Dekat kastam tu ada parking tapi x pasti cukup ke x. Dan van siam pun byk. Lintas border je dh boleh p hatyai dgn van.

Kedai2 pun ada byk sediakan tempat parking utk naik van p hatyai. kena tanya kedai tu. selamat ke x selamat tu x pasti sbb mcm open parking
 
Nak Masuk Thailand Dengan Kenderaan Sendiri? Ini Langkah Penting Yg Korang Wajib Tahu

Step 1 – Hendaklah bawa geran asal/salinan
1. Anda perlu membawa geran asal atau salinan geran dimana mestilah diatas nama salah seorang pemegang passport yang akan ikut serta (gambar 1). Sekiranya ianya bukan diatas nama anda atau atas nama syarikat, surat kuasa membawa kenderaan tersebut hendaklah dibuat.

2. Menggunakan agent untuk urusan membeli insurans (gambar 3) di bandar-bandar terdekat dengan sempadan adalah lebih senang. Semasa membuat insurans ini, sila serahkan geran dan passport anda kepada mereka.

3. Agent akan uruskan sekali kad putih (gambar 6) dan borang TM3 (gambar 4) yang mengandungi senarai penumpang sebanyak 2 salinan.

Step 2 – Ke bahagian imigresen, serahkan passport anda
4. Setelah lengkap dokumen seperti diatas diperolehi, bolehlah lanjut ke ICQ Malaysia. Disebelah Malaysia, anda tak perlu turun dari kenderaan. Teruskan memandu ke bahagian imigresen, serahkan passport anda tanpa kad putih tu.

5. Setelah selesai, teruskan memandu dan sebaik sampai di ICQ sebelah Thailand, park kereta anda ditempat yg disediakan. Penumpang semua harus turun. Semua penumpang termasuk pemegang geran harus selesaikan urusan passport terlebih dahulu

6. Semua nama yang tersenarai dalam borang TM3 (gambar 4) haruslah berada dilorong yang sama. Kesemua passport bersama borang tersebut harus diserahkan dan pegawai imigresen akan memanggil sorang-sorang mengikut passport untuk diambil gambarnya. Kalau sesetengah ICQ yang kecil, kanak-kanak tidak dipanggil pun.

7. Pastikan borang TM3 tersebut distamp masuk, begitu juga kad putih (gambar 6) dan passport anda (gambar 5). Satu salinan TM3 diambil oleh imigresen dan satu lagi haruslah anda simpan untuk diserahkan kembali kepada imigresen Thai semasa anda keluar. Adalah menjadi kebiasaan untuk memberi ‘tips’ sbyk RM2 kepada pegawai imigresen tersebut. Boleh cuba untuk tidak beri tips selagi tidak diminta. Boleh gak nak gaduh jadik pasal kat border macam mat salleh selalu buat.

8. Setelah itu pemegang geran haruslah ke booth Kastam. Disitu, serahkan passport dan geran anda kepada pegawai yang bertugas. Anda akan diissue permit import sementara (gambar 2). Sekali lagi, ‘tips’ harus diberi iaitu sebanyak RM10 (atas teguran org utara, saya galakkan supaya jangan beri apa-apa tips selagi tidak diminta). Semua tips ni tiada resit. So faham-faham saja la ye…

Edit : baru saya teringat, kalau naik motor dia mintak rm5. Kalau tak mintak langsung bersyukurlah banyak2. Duit lebeh bleh buat shopping!

Yahuuu! Dah selesai dan boleh lah terus ke destinasi yg dituju.

Bila dah selesai, utk keluar dr Thailand, ikutilah prosedur tersebut

Step 3 – Pemegang geran hendaklah serah semula permit sementara
9. Sebaik sampai di sempadan, pemegang geran hendaklah menyerahkan semula permit sementara (gambar 2) di booth kastam. Lain sempadan lain cara. Ada yg serah jer (border Wang Prachan) dan ada yg perlu menanda tangani buku (border Sadao). Kalau tak pasti tunggulah depan muka pegawai kastam tu sampai dia halau hehehe…. di peringkat ni, tiada ‘tips’ diperlukan

10. Sekali lagi sepertimana masa masuk, masa keluar nanti, semua nama yg tersenarai dlm TM3 haruslah beratur sekali. Ketua rombongan serahkan borang tersebut utk distamp keluar. Mereka akan ambil borang tersebut dan kad putih (gambar 6). Pastikan semua passport ada stamp keluar seperti dlm gambar 7.

11. Jika anda masih menyimpan kad putih, atau tiada stamp keluar pd passport anda, anda dianggap masih berada didalam Thailand. Sekiranya tarikh tempoh menetap di Thailand telah expired anda akan dianggap sebagai ‘overstay’. Thailand sgt serius dan ketat undang2 tinggal melebihi tempoh mereka. Denda sgt tinggi dan anda akan menghadapi banyak masalah birokrasi yg melibatkan byk $$$. Ramai yg terlepas pandang dgn prosedur terakhir ni.

Ok, your road trip holiday was done! Prosedur masuk ke lain2 negara Asean adalah sama. Cuma ada yg memerlukan agent disepanjang perjalanan anda seperti Vietnam dan Myanmar. Dan CARNET di Indonesia.

http://ohbulan.com/nak-masuk-thaila...-tips-langkah-penting-yang-korang-wajib-tahu/
 
wooo bes wooo hatyai..

makan sedap.. :)
 
telefon jer upp bukit kayu itam

search jer google

jangan tanya sini plak

tanya unit sempadan direct

kenapa saya nak kena tanya unit pencegah penyeludupan pulak?
kalau awak ada baca apa yang saya taip,awak tau saya google dahulu sebelum bertanya

kalau awak setakat nak kumpul post count baik tak payah komen,or awak focus je jual ubat kuat :)cgrock
 
sy penah pegi ikut bkt kayu hitam. insuran tu sy beli kat sini je. sblm sampai sempadan tepi2 jalan dah boleh nampak signboard2 untk beli insuran ni. Geran kena ada la, tapi kalau kereta org lain sy xpasti. semua info ni saya google je..

tempt sy beli insuran tu ada sediakan tmpt parking kereta sape2 yg xnk bawa masuk ke thai. mgkin dia ada sediakan transport ke sana la tu

terima kasih

yang ctc tu ke?

tu la saya tak pasti,kalau macam info kereta sendiri memang banyak,geran tu semua saya ada yang ori dan photostat
 
Yang ni betul. Insuran boleh beli dekat kedai sblm border. kereta kena ada geran tapi saya masuk dl dgn keta sendiri. keta org lain x pasti.
Dekat kastam tu ada parking tapi x pasti cukup ke x. Dan van siam pun byk. Lintas border je dh boleh p hatyai dgn van.

Kedai2 pun ada byk sediakan tempat parking utk naik van p hatyai. kena tanya kedai tu. selamat ke x selamat tu x pasti sbb mcm open parking

terima kasih

so parking memang ada ,parking ni macam backup plan ah,incase tak dapat bawak kereta masuk

setakat ni saya buat authorization letter saja
 
Back
Top
Log in Register