dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
Tacloban City: Kurang sebulan sebelum Krismas, mangsa taufan Haiyan kini bersiap sedia meraikan perayaan itu di dalam khemah untuk tahun kedua, semalam.
Dalam lawatannya ke pusat pemindahan mangsa taufan itu, Setiausaha Kebajikan Sosial Filipina, Corazon Soliman berkata, mereka hanya mungkin dipindahkan ke ‘pusat perlindungan sementara’ di utara Tacloban menjelang akhir Disember.
Kenyataan itu berbeza dengan janji Soliman sebelum ini apabila dia berkata, pemindahan akan dibuat menjelang akhir Oktober.
Pegawai pemulihan yang menemani lawatan Soliman, Panfilo Lacson turut mengakui kelewatan berkenaan.
Bagaimanapun dia tidak menyatakan mengapa mangsa taufan Haiyan gagal dipindahkan sebelum Krismas.
“Berdasarkan piawaian antarabangsa, mangsa bencana alam sepatutnya ditempatkan di khemah perlindungan tidak lebih dari dua bulan,” katanya.
Haiyan melanda Filipina 8 November tahun lalu dan dianggap ribut tropika terkuat pernah dicatatkan. - Agensi