BTC USD 63,462.8 Gold USD 4,340.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Krisis ekonomi Greece cetus perpecahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



ATHENS 4 Julai - Krisis ekonomi Greece mencetuskan perpecahan ketara apabila berpuluh-puluh ribu rakyat Greece yang menyertai demonstrasi, terbahagi kepada dua pihak dalam menentukan masa depan negara sama ada mahu kekal bersama Kesatuan Eropah (EU) atau sebaliknya menerusi satu pungutan suara esok.

Pungutan suara tersebut tetap diteruskan selepas mahkamah tertinggi negara ini menolak rayuan dua rakyat Greece yang membantah kempen menyelesaikan krisis hutang negara ini dengan meminjam wang daripada Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).

Perdana Menteri, Alexis Tsipras yang dipilih pada Januari lalu dengan janji mahu mengakhiri langkah penjimatan, menggesa kumpulan penyokongnya yang berhimpun di Dataran Syntagma, tengah Athens untuk menolak syarat ketat yang dikenakan oleh IMF dalam perjanjian bantuan kewangan yang ditawarkan.

Tsipras juga mengetepikan tekanan daripada negara anggota EU yang memberi amaran bahawa keputusan ‘Tidak’ terhadap pungutan suara itu boleh menjejaskan keanggotaan Greece dalam Eropah.

Malah, beliau menyifatkan amaran tersebut sebagai menipu dan mereka takut terhadap kejatuhan Eropah serta ekonomi dunia.

“Kamu tidak boleh mengalah terhadap mereka yang menyebabkan kesusahan kepada kehidupan seharian kamu.

“Esok, kita bukan sahaja memutuskan untuk kekal di Eropah, tetapi memastikan kita hidup dengan bermaruah di benua ini,” kata pemimpin berusia 40 tahun itu di hadapan kira-kira 50,000 penyokong.

Kumpulan penentang Tsipras menuduh beliau mempertaruhkan masa depan Greece terhadap pungutan suara berkenaan yang dilihat tidak mengikut piawaian antarabangsa dan tidak berlaku adil.

Di kem penyokong yang bersetuju dengan langkah meminjam wang daripada IMF, beribu-ribu orang berkumpul di depan Stadium Olimpik sambil menyanyikan lagu tema EU, Ode to Joy walaupun jumlah mereka dilihat lebih sedikit berbanding kumpulan penentang.

Seorang pakar ekonomi yang kini menganggur, Marina Peppa, 45, berkata, dia memilih untuk mengundi ‘Setuju’ bagi memastikan masa depan anaknya yang lebih baik.

“Situasi ini bukan mudah, tetapi jika saya mengundi ‘Tidak’, Greece akan mengalami kemelut yang berpanjangan sekali gus menjadi negara miskin,” katanya. – REUTERS
 
pakar sume dah nganggur... apatah lagi yg buruh... baru nk start simpan emas.. modal lak x ado.. adoi... ngeri lak.. satu aset x ada nih...
 
hutang malaysia pun dah naik gile babeng sejak najib naik
apa yg turun pun aku xtau la sejak najib naik ni
 
abe2 trader je sengih pagi isnin nanti....hehe
 
what will happen to euro,,,masyuk la isnin nanti heheheh
 
pakar pun menganggur.pakar kita banyak tukang kipas.puji aje kerjanya takut nak kritik membina.:))
 
hutang malaysia pun dah naik gile babeng sejak najib naik
apa yg turun pun aku xtau la sejak najib naik ni

hutang malaysia naik, tapi kerajaan masih mampu bayar... sebab tu la kita tengok macam2 naik, minyak, GST dan lain2... apabila sampai satu peringkat macam greece ni, rakyat sume takde duit dah nak diperah, abis bankrup la negara..
 
Back
Top
Log in Register