BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kriptowang Chia Di Jangka Akan Sebabkan Masalah Bekalan Storan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Sebelum ini, pelombongan kriptowang dilihat menggunakan CPU ataupun kad grafik sebagai cara untuk mendapatkan pelbagai matawang digital seperti Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan sebagainya. Terkini, terdapat sebuah kriptowang baru yang menggunakan sebuah cara lain daripada lain untuk melombongnya.

Ia dinamakan Chia, dan dibangunkan oleh pengasas teknologi Bittorrent, Bram Cohen. Berbeza dengan kriptowang-kriptowang lain, Chia menggunakan ruangan storan cakera keras ataupun SSD dan masa sebagai cara untuk melombong kriptowang ini.

Walaupun secara teknikalnya, Chia adalah kriptowang yang sangat baru dan masih belum melepasi piawaian perdagangan, ia dilaporkan bahawa ramai pelombong kriptowang dari China sudahpun mula membeli cakera keras dan storan SSD dengan kapasiti besar untuk menunggu kehadiran rasmi kriptowang Chia ini.

Pelbagai laporan mengatakan bahawa di China dan Hong Kong, bekalan storan kelas enterprise dalam kapasiti 14-18TB semakin berkurangan, manakala storan SSD dengan jumlah storan 1-2TB kebanyakannya habis di pasaran pengguna. Oleh kerana ini, tanda harga storan digital dilihat telahpun meningkat kerana permintaan yang tinggi.

Salah satu kelebihan kriptowang Chia, menurut Bram Cohen ialah oleh kerana teknik pelombongan kriptowang ini tidak terlalu bergantung kepada prestasi CPU mahupun GPU, dan oleh itu, tidak terlalu memakan bekalan kuasa yang banyak.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Chia masih belum lagi melepasi piawaian perdagangan kriptowang, tetapi ia dijangka bahawa apabila ia boleh dilombong secara rasmi kelak, pelbagai pelombong kriptowang sudahpun bersiap-sedia untuk mengaut keuntungan sebanyak mana yang boleh.

Screenshot-40.jpg

Sumber asal https://www.tomshardware.com/news/hard-drive-ssd-shortages-imminent-if-new-cryptocurrency-blooms
 
Papan Induk Khas Untuk Melombong Kriptowang Chia

Papan Induk Yang Dibina Khas Untuk Melombong Kriptowang Chia - Hadir Dengan 32 Port SATA, Menyokong Storan Sehingga 44TB;

Chia, iaitu sebuah kriptowang yang dilombong menggunakan pengiraan ruang storan sesebuah komputer. Ia dibangunkan oleh Bram Cohen, iaitu salah satu daripada pembangun asal Bittorrent, klien perkongsian kandungan paling popular di dunia sekarang.

Terkini, sebuah papan induk telah diperkenalkan yang dibangunkan khusus untuk membantu melombong kriptowang Chia ini. Ia dinamakan Onda B365 D32-D4 Magic Edition dan hadir dengan 32 sambungan SATA yang boleh digunakan untuk menyambung sebanyak 32 storan cakera keras ataupun SSD secara terus.

Ia dibangunkan menggunakan platform cipset Intel B365 yang menyokong cip pemprosesan Intel generasi ke-8 Coffee Lake dan hadir dengan saiz yang jauh lebih panjang berbanding dengan papan induk bersaiz EATX kerana jumlah sambungan SATA yang hadir pada papan induk ini.

Walaupun secara teknikalnya kriptowang ini masih belum sedia lagi digunakan untuk tujuan melombong dan perdagangan digital, sejumlah besar pelombong kriptowang di China dan Hong Kong telahpun mula membeli stok cakera keras dan juga SSD untuk tujuan melombong kriptowang baru ini.

Ini adalah kerana Chia menggunakan konsep yang sedikit berlainan berbanding dengan kriptowang yang lain, dan lebih mementingkan sambungan rangkaian dan juga jumlah storan terbina. Apabila dibandingkan, perlombongan Chia menggunakan jumlah tenaga yang jauh lebih rendah berbanding menggunakan kad grafik.

Onda-32-SATA-HDD-SSD-Port-Motherboard-For-Chia-Coin-Cryptocurrency-Mining-1.jpg.webp

Sumber asal https://www.tweaktown.com/news/7895...o-mining-motherboard-for-chia-coin/index.html
 
Melombong Kriptowang Chia BBuatkan SSD Anda Rosak Dalam Beberapa Minggu

Bagi anda yang mengikuti perkembangan arena kriptowang, semestinya mengenali akan kriptowang terbaru dinamakan Chia, yang menggunakan SSD dan HDD untuk melombong. Ia berbeza dengan kriptowang lain yang memerlukan kuasa pemprosesan seperti GPU dan CPU, sebaliknya ia lebih kepada berasaskan storan – sekaligus bergantung kepada SSD dan HDD.

Apa pun, untuk makluman anda, penggunaan SSD biasa dilihat akan mengurangkan tempoh penggunaan sesuatu SSD berkenaan, dan membuatkan ia boleh rosak dalam masa sekitar 40 hari sahaja. Hal ini kerana ia menggunakan kadar penulisan yang tinggi, sekaligus membuatkan SSD rosak dengan lebih pantas. Secara kebiasaan, SSD 1TB dilihat hadir dengan kadar ketahanan 600TBW (Terabytes to be Written), yang mana menawarkan ketahanan sekitar lima tahun berdasarkan kadar penulisan 0.3 DWPD (Drive Writes Per Day) sehari.

Apa pun, untuk melombong Chia ini, perkara berkenaan meningkat mendadak, membuatkan SSD anda boleh rosak dalam tempoh 40 hari sahaja. Sebagai alternatif, penggna dinasihatkan menggunakan SSD untuk pusat data, atau yang mempunyai tahap TBW dan DWPD yang tinggi.

Sumber asal https://www.tomshardware.com/news/chia-crypto-farming-can-destroy-ssds
 
Parking. Ade planning jugak nk buat RIG utk mining CHIA ni. PM sape2 expert nk develop RIG pakai SSD ngan HDD
 
Back
Top
Log in Register