BTC USD 83,204.4 Gold USD 4,106.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kota Bharu: Dinar dan Dirham

Kalau nak gambar pergi ke portal dinar emas forum.

Sungguh beruntung rakyat kelantan senang untuk membeli dinar dirham.

Semoga semua usaha akan berjaya. Insya'Allah
 
Pengalaman Emas (dan Perak) di Pasar Siti Khadijah.

Khamis lalu, 2 Ramadan 1431 Hijrah merupakan hari bersejarah bagi rakyat Semenanjung Tanah Melayu. Dinar dan dirham telah pulang ke pasar; sirih telah pulang ke gagang. Pelancaran matawang syariah oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan kesudian sekitar 1,000 peniaga Kota Bharu menerimanya adalah peristiwa yang luar biasa. Luar dari kebiasaan. Dari keadaan "Paksa!, Terima" wang kertas kepada keadaan "Suka?, Terima" keping-keping koin dinar dan dirham.

Alhamdulillah wa syukrulillah! Saya dan isteri berpeluang menyaksikan Majlis Pelancaran tersebut yang disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Kelantan Trade Center. Kami juga melihat pembayaran zakat dalam koin dinar dan urusan jual beli dalam koin dirham di pentas yang bersejarah itu. Sejurus selesai majlis, kami berbaris mendapatkan beberapa keping dinar dan dirham. Harga jualan semasa ialah RM581 bagi sekeping 1 dinar dan RM13 bagi sekeping 1 dirham. Tapi apalah makna kepingan dinar dan dirham jika tidak digunakan? Apa lagi; kami terus mendapatkan teksi dan bergegas ke Pasar Siti Khadijah, jantung Kota Bharu.

Masuk saja di Pasar, terpampang jelas PapanTanda Harga Jualan Dinar dan Dirham Harian. Ini memudahkan peniaga mendapat maklumat berjual beli. Kami mendaki ke Tingkat 2 untuk membeli-belah. Banyak sungguh peniaga yang mempamerkan logo "Kami Terima Dinar Dan Dirham". Bila bertemu barang yang berkenan, urusan tawar menawar pun berjalan. Kami membeli dua helai kemeja batik, sebidang kain ela dan beberapa helai tudung Natasha dengan harga sekitar RM350. Kami membayar sekeping 1 dinar dan peniaga kain yang ramah tersebut memberikan kami barang-barang bersama bakinya sekitar RM250. Nah, inilah urusniaga dinar pertama di Pasar Siti Khadijah.

Teringin pula kami berbelanja dengan dirham pula. Kami turun ke Tingkat 1 dan terjumpa banyak kedai menjual serunding. KakZah, peniaga serunding dengan girang sudi menerima dirham. Kami membeli sedikit serunding ikan, serunding ayam dan beberapa bungkus keropok sira pedas sebagai buah tangan bila pulang ke Kuala Lumpur malam nanti. Harga kesemuanya ialah RM40; kami membayar 3 koin1 dirham dan tambahan RM1. Nah, ini pula urusniaga dirham kami yang pertama. Sungguh mudah dan mengujakan.

Urusniaga dinar dan dirham amat praktikal. Cubalah. Jangan senang terpedaya kepada cakap-cakap orang yang belum mencuba.Kami telah mencubanya. Ianya mudah dan seronok. Cubalah, bukankah menggunakan dinar dan dirham itu sebahagian daripada Sunnah?

Muhamad Mazli Alias. Ramadan 1431.
39760_1462306690013_1603841846_31118721_6575472_a.jpg

45038_1465537210774_1603841846_31130720_5289895_n.jpg


44992_1465541210874_1603841846_31130738_7645_n.jpg


40004_1465541410879_1603841846_31130739_5080343_n.jpg

 
mari pakat kumpul DD ni :D,

agak2 la kalu kita g paso...nak beli DD jek..dia org nk tak

sng skit x yah dah cari supplier :D
 
Last edited:
tahniah kpd Tuan guru kerana keberaniannya membawa perubahan yg terbaik dan sepatutnya.Cuma yg membimbangkan pengkhianat umngok dan bank negara ni cam mana pula kita nak atasi?

dengar khabar main kutu d kg pun d anggap salah ..sebab kutip deposit.Sedangkan kutu bukan skim cepat kaya...malah tabungan semata mata yg d buat atas dasar suka sama suka.Tiada paksaan
 
mari pakat kumpul DD ni :D,

agak2 la kalu kita g paso...nak beli DD jek..dia org nk tak

sng skit x yah dah cari supplier :D

itula...ingat balik ni nk gi pasar siti khadijah tu la...nk mintak beli D&D ni ngan makcik kat pasar tu...agak2 dia kasi ke x erk...:">
 
saper2 ada stok D&D ni kat area shah alam,.aku nk beli,.buat koleksi peribadi,.PM ya,..:D:D
 
bagus ni buat koleksi..nak bagus lagi buat pelaburan
 
tahniah kpd Tuan guru kerana keberaniannya membawa perubahan yg terbaik dan sepatutnya.Cuma yg membimbangkan pengkhianat umngok dan bank negara ni cam mana pula kita nak atasi?

dengar khabar main kutu d kg pun d anggap salah ..sebab kutip deposit.Sedangkan kutu bukan skim cepat kaya...malah tabungan semata mata yg d buat atas dasar suka sama suka.Tiada paksaan

BNM negara iri hati kot sbb kerajaan negeri kltn yg mulakan dulu.. hrp BNM akan membuang sikap buruk demi kebaikan bersama...benda yg baik xkan nak cakap xbaik...
 
Back
Top
Log in Register