tahniah kpd Tuan guru kerana keberaniannya membawa perubahan yg terbaik dan sepatutnya.Cuma yg membimbangkan pengkhianat umngok dan bank negara ni cam mana pula kita nak atasi?
dengar khabar main kutu d kg pun d anggap salah ..sebab kutip deposit.Sedangkan kutu bukan skim cepat kaya...malah tabungan semata mata yg d buat atas dasar suka sama suka.Tiada paksaan
Khamis September 28, 2006
'Dapat hadiah guna dinar sebagai mas kahwin'
KOTA BHARU: Dalam usaha menggalakkan penggunaan emas dinar sebagai mas kahwin di Kelantan, lima orang pertama yang berbuat demikian akan menerima hadiah dalam bentuk dinar juga.
Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan Datuk Husam berkata kerajaan negeri akan menghadiahkan masing-masing suku dinar emas atau RM99.38 kepada lima orang itu.
"Mereka kena laporkan perkara itu dengan Ar-Rahn (Pajak Gadai Islam) dan minimum mas kahwin seperti yang ditetapkan iaitu RM80. Kalau mereka boleh beri lebih, lagi baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Husam menegaskan bahawa usaha kerajaan negeri memperkenalkan emas dinar bukan satu gimik politik tetapi selaras dengan tuntutan syariah Islam.
Mengulas komen Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussain berhubung emas dinar Kelantan itu, beliau berkata kenyataan Dr Awang Adek itu bertentangan sama sekali semasa melancarkan pengeluaran dinar emas oleh Royal Mint tiga tahun lepas.
"Sebagai Pengerusi Royal Mint pada masa itu, beliau berkata dinar emas lebih stabil daripada mata wang dan mencadangkan beberapa buah bank termasuk Tabung Haji membayar gaji kakitangan mereka menggunakan dinar keluaran Royal Mint itu," katanya.
Berhubung kenyataan Dr Awang Adek bahawa ada risiko membeli emas kerana nilainya sentiasa turun naik di pasaran, Husam berkata sejak tiga tahun lepas harga emas naik sehingga 70 peratus iaitu daripada RM181 kepada RM306 bagi 40.2gram.
Katanya sambutan terhadap emas dinar Kelantan amat menggalakkan sehingga Permodalan Kelantan Berhad terpaksa mencetak emas dinar tambahan sebanyak enam kilogram semalam.
Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan emas dinar itu pada 20 Sept lalu.
Untuk tempoh pertama pengenalannya, kerajaan negeri melalui Permodalan Kelantan Berhad, telah menempah tiga kilogram emas bernilai RM240,000 dalam bentuk dinar bagi dijual kepada orang ramai.
Orang ramai boleh mendapatkan dinar itu dalam saiz satu dinar yang dijual pada harga RM332.25, setengah dinar (RM176.76) dan suku dinar (RM99.38). BERNAMA