BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kostum Punya Pasal, Deadpool

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,458
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,458
Reaction score
7,735
Points
916
19.05.2018 - Switzerland, Dua peminat fanatik watak adiwira Deadpool berdepan pengalaman mencemaskan apabila ditahan polis yang menyerbu mereka gara-gara seorang daripadanya mengenakan kostum watak terbabit.

Kejadian berlaku Isnin lalu ketika Alessandro Botta dan sahabatnya yang cuma dikenali sebagai Christian memutuskan menyaksikan tayangan perdana filem itu di Locarno, Switzerland.

Ketika bertemu di stesen bas, Christian sudah pun mengenakan kostum itu manakala Botta memakainya di bawah pakaian biasa.

Malangnya, keadaan bertukar cemas ketika kedua-duanya berjalan ke rumah Botta untuk menaiki kereta ke panggung wayang apabila diserbu polis bersenjata yang mengarahkan mereka menyerahkan senjata masing-masing.

Beberapa gambar turut dikongsi di media sosial menunjukkan sekurang-kurangnya lima anggota polis berada di tempat kejadian menggari dua sahabat itu yang meniarap di atas kaki lima.

Menurut Botta, 28, dia terkejut dengan kejadian itu terutama apabila ditahan hanya berpakaian biasa.

“Kami tidak menyangka ia menimbulkan masalah. Saya tidak faham mengapa dan cuba menjelaskan kepada mereka bahawa ia sekadar salah faham, tetapi gagal.

“Bagaimanapun, polis kemudian akhirnya menyedari apa yang kami lakukan sebenarnya dan cuma ketawa,” katanya.

Mereka dibebaskan polis sejam kemudian namun Christian didenda kerana melanggar peruntukan undang-undang digelar ‘larangan burqa’ yang melarang pemakaian sebarang penutup wajah di khalayak ramai.

Kejadian itu tidak mematahkan semangat dua sahabat berkenaan apabila meneruskan perancangan menyaksikan filem itu dengan memakai kostum, malah sempat mengongsikan gambar di media sosial.

“Orang ramai terhibur. Kami duduk bersama penonton, berpakaian seperti Deadpool sambil menonton filem. Di sebalik pengalaman itu, ia hari yang menyeronokkan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis Lugano berkata, mereka bertindak segera selepas menerima maklumat ada individu membawa dua pistol iaitu sebahagian daripada kostum yang dipakai oleh Christian sebagai pembunuh upahan bertopeng.

19hmpool1.jpg_1526674807.jpg

Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/341073/kostum-punya-pasal
 
haha nasib polis percaya cakap diorang. siap lima org polis serbu tu :D

polis lak terima aduan bahawa kat luar sana ada sorang pembunuh upahan bertopeng sedang berkeliaran
 
pakai macam ni kat malaysia dah macam duk dalam sauna
 
Terfikir kalau yg pakai tu muslim kat sana... Kena tahan sekejap macam diaorg tak
 
Terfikir kalau yg pakai tu muslim kat sana... Kena tahan sekejap macam diaorg tak

tn zahidin, kat Switzerland, undang undang melarang melarang pemakaian sebarang penutup wajah di khalayak ramai dilaksanakan.
wanita muslimah pun takleh pakai
kalau pakai juga, akan dikenakan denda sehingga 9,200 euros.

some countries have introduced the controversial law, most recently Switzerland, which enforced a ban on the full-face veil in July 2016. It means women wearing a burka (covering face with mesh over the eyes) or niqab (covering face with a slit for the eyes) could face fines of almost 10,000 euros.

Switzerland is the the latest country to pass a ban on the full-face veil, though it only stands in the region of Tessin. The law came into force on July 1, 2016 and anyone caught wearing a veil can be fined up to 9,200 euros.

https://www.telegraph.co.uk/women/life/burka-bans-the-countries-where-muslim-women-cant-wear-veils/
 
tn zahidin, kat Switzerland, undang undang melarang melarang pemakaian sebarang penutup wajah di khalayak ramai dilaksanakan.
wanita muslimah pun takleh pakai
kalau pakai juga, akan dikenakan denda sehingga 9,200 euros.

Yer takut kalau buat jenayah tak nampak muka orang tue
 
tn zahidin, kat Switzerland, undang undang melarang melarang pemakaian sebarang penutup wajah di khalayak ramai dilaksanakan.
wanita muslimah pun takleh pakai
kalau pakai juga, akan dikenakan denda sehingga 9,200 euros.

Ye saya faham cek mek... Cuma dengan Islamphobia ni... Kalau la yg memakai kostum dead pool itu ialah muslim... Maybe lebih lama tahan.... Kemudian maybe di cop terrorist.

Macam kat negara mana tu... Perempuan muslim diheret n dipukul sehingga meninggal... Sedangkan x pakai niqab pun
 
oh gitu. oh tuan nak sampaikan berkenaan islamophobia sebenarnya :)
saya dah silap faham maksud soalan tuan, sori :">
 
Back
Top
Log in Register