TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
DEBARAN petugas media sukan yang 'bertarung' sesama sendiri sejak seminggu lalu berakhir setelah Karnival Sukan Media-Majlis Sukan Negara (MSN) 2011 melabuhkan tirainya kelmarin.
Sebanyak empat acara dipertandingkan pada edisi kali ini iaitu bola sepak, badminton, boling dan karaoke sepanjang karnival itu yang dianjurkan MSN sejak 2008 bagi menghargai hubungan baik antara kedua-dua pihak.
'Emas' tunggal Kosmo! pada karnival tersebut disumbangkan oleh wartawan sukan, Nan Hidayat Nan Azmie yang muncul juara acara karaoke dengan lagu Ketahuan nyanyian kumpulan Matta pada peringkat final, sekali gus membawa pulang wang tunai dan hamper.
Nan Hidayat berjaya mengatasi cabaran peserta lain yang tidak kurang hebatnya iaitu dua wartawan RTM, Aiyshah Baslie (kedua) dan Jalil Mat Dom (ketiga), manakala wartawan Utusan Malaysia, Ferzalfie Fauzi dan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom memenangi hadiah sagu hati.
Pada peringkat saringan sebelum ini, Nan Hidayat yang membawakan lagu Love The Way You Lie nyanyian Eminem dan Rihanna layak ke final bersama empat peserta akhir selepas mengatasi cabaran 15 peserta yang mengambil bahagian.
Kejayaan Kosmo! dalam acara badminton juga tidak kurang hebat apabila gandingan Pengarang Sukan Kosmo!, Asan Ahmad bersama Taufek Razak berjaya memenangi tempat ketiga bagi acara beregu.
Kekecewaan Kosmo! yang gagal memenangi sebarang tempat utama dalam acara boling pada karnival kali ini juga terubat apabila wartawan, Ahmad Fazli Mohd. Yadi berjaya memenangi anugerah khas selepas mencatatkan jatuhan pin paling rendah bagi kategori lelaki, sekali gus membawa pulang trofi istimewa.
Begitupun, Kosmo! terpaksa berputih mata dalam acara bola sepak selepas dijinakkan MSN dan Astro Awani di peringkat kumpulan.
Hadiah kepada pemenang-pemenang disampaikan oleh Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong.
Turut hadir Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Ahmad Khawari Mohd. Isa.
Zolkples dalam ucapannya berkata, beliau berharap kesinambungan hubungan baik antara MSN dan media dapat diteruskan sampai bila-bila.
"Saya juga mengalu-alukan cadangan daripada pihak media mengenai tambahan acara karnival ini pada tahun depan," katanya.