ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Nazman
KUALA KRAI - Pemuda Pas Kelantan mengajak penyokong setia The Red Warriors (TRW) berkorban demi pasukan dengan tidak mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.
Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, peminat setia TRW diharap dapat menggunakan wang sendiri untuk memberi peluang kepada pemimpin bagi membantu mangsa bah kuning yang masih memerlukan bantuan.
"Untuk kali ini, janganlah kita harapkan bajet untuk tiket perlawanan, tiket bas, duit minyak dan sebagainya daripada wakil rakyat ataupun pimpinan setempat.
"Biarlah dana sedia ada ini disalurkan kepada rakyat lebih memerlukan khususnya mangsa banjir yang berada dalam kesempitan," katanya.
Nazman berkata, lebih baik sekiranya peminat TRW yang dalam perjalanan menyaksikan perlawanan akhir Sabtu ini, singgah sebentar di kawasan teruk dilanda banjir di daerah ini dan Gua Musang untuk bertanya khabar mangsa.
Menurutnya, sekiranya berkemampuan, mereka juga digalakkan untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa.
"Semoga dengan kejayaan pasukan kita mara ke perlawanan akhir ini, semangat bantu membantu dalam kalangan rakyat Kelantan juga semakin meningkat.
"Jika dapat semai semangat kerjasama dalam diri rakyat, saya yakin Kelantan akan terus dihormati kawan dan juga lawan sebagai peneraju segala perubahan dan kebaikan di negara ini," katanya.
Dalam pada itu, kata Nazman, Pemuda Pas Kelantan turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemain TRW yang berjaya ke perlawanan akhir.
Menurutnya, usaha berterusan untuk bangkit ketika menentang Pahang sehingga melayakkan pasukan Kelantan ke perlawanan akhir perlu diberikan pujian dan dijadikan iktibar.