BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

korang masak apa arini...

Brownies Kedut with Salted Caramel, Walnut & Almond.
(Rujukan resepi dr FB Cik Daa. Terima kasih sis cantik tuan punya FB :) )

p/s : Pastikan guna cawan yang sama untuk sukatan semua bahan.

Bahan A :
1/2 cawan butter (kalau guna yg block 250g tu, potong ambil separuh bahagian)
1 cawan dark chocolate (Saya guna jenama Beryl's yang jenis bar. Saya cincang halus sbb nk bagi senang cair. Guna yang coin pn blh)

Cara :
1. Cairkan chocolate dengan kaedah double boiler.
* Double boiler : Panaskan air di dlm periuk hingga menggelegak. Tutup api dan letak bekas yg lebih besar pada permukaan periuk. Masukkan chocolate dan kacau hingga cair.
2. Bila chocolate dah cair, masukkan butter dan kacau hingga cair. Biarkan suam.

Bahan B :
1 cawan gula perang
1/2 cawan gula castor
2 biji telur Gred A

Cara :
1. Pukul semua bahan hingga sebati. Dalam 2-3 minit.
*xyah sampai kembang
*just guna whisk or senduk, xyah guna mixer

Bahan C :
1 cawan tepung gandum *
2 sudu besar serbuk koko *
2 cubit garam *
1/2 cawan walnut cincang kasar (sangai sekejap)
1/2 sudu teh nescafe (sy xltk)

Cara :
1. Ayak bahan bertanda *

Bahan hiasan :
Walnut (sangai)
Almond slice (sangai)
Coklat chip

Cara untuk satukan semua bahan.
1. Masukkan adunan bahan A ke dalam adunan bahan B. Kacau sebati guna whisk. Nanti akan jadi likat.
2. Kemudian masukkan bahan yang diayak tadi dan walnut. Kacau sebati guna senduk. (Penting : Jgn over kacau)
3. Sapukan butter pada loyang 8"x8". Alas dengan baking paper dan sapukan juga butter pada baking paper. Panaskan oven 160c.
4. Masukkan adunan dan tabur almond slice. Bakar lebih kurang 25minit pada suhu 160c. Bila dah siap bakar, jgn terus keluarkan. Buka sedikit pintu oven. (Time ni baru kedut tu akan terbentuk)

*Ni cara saya, bila kedut pada brownies tu dah terbentuk, saya bakar kejap lagi guna api bawah sahaja dalam 10minit.

Salted Caramel.
Bahan :
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
25 mentega (1 sudu besar + 1 sudu kecil kalau nk guna sukatan sudu)
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara :
1. Panaskan gula hingga larut dan berbuih.
2. Tuangkan krim. (Berhati-hati ketika melakukan proses ini). Kacau rata.
3. Tutup api. Masukkan garam, butter dan esen vanilla. Kacau dan biarkan sejuk.

Salted caramel ni dituang atas brownies + kepingan2 badam yg telah dipanggang.
 
Last edited:
engkorang makan x petai

sambal_petai.jpg
 
Isteri masak lontong goreng.

Gambar takde dah kerana dah masuk perut. :D
 
Back
Top
Log in Register