BTC USD 63,260.4 Gold USD 4,294.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi Skim Cepat Kaya?

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
3 koperasi digantung jalan skim cepat kaya

PUTRAJAYA: Tiga koperasi, dua daripadanya berpangkalan di Kuala Lumpur dan satu lagi di Kelantan, diserbu semalam kerana dikenal pasti menjalankan aktiviti pelaburan bercirikan skim cepat kaya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata dalam serbuan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama-sama Bank Negara Malaysia (BNM) itu didapati jumlah pelaburan bagi ketiga-tiga koperasi itu dianggarkan bernilai RM80 juta dengan kira-kira 5,000 keanggotaan.

"Koperasi ini menjalankan skim pelaburan yang dikenali dengan Skim Simpanan Khas Al-Mudharabah dan Skim Usahawan Ternakan yang menawarkan pulangan lumayan antara lapan peratus hingga 12 peratus sebulan.

"Mereka juga menggunakan pelbagai cara untuk memperdayakan pelabur menyertai skim ini, termasuk mendakwa melaksanakan projek seperti pembekalan alat ganti kapal, ternakan lembu, penanaman rumpai laut, penangkapan ikan laut dalam dan pembekalan barangan pengguna," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyempurnaan kerjasama antara MECD dengan Kementerian Pengajian Tinggi, di sini hari ini.

Noh berkata tindakan koperasi mengutip pelaburan bercirikan skim cepat kaya adalah satu kesalahan mengikut Akta Koperasi 1993, justeru ketiga-tiga koperasi itu digantung daripada sebarang aktiviti manakala akaunnya dibekukan untuk siasatan lanjut.
 
rumpai laut? AK United ker?
 
huhuhu habis la den punya duit,yang mpsb pun hangus da,tambah lak dgn kumb huhuhu...ade sape2 de sumber postiv x,sila2...den nk sejukkan hati nis..
 
Back
Top
Log in Register