Aku labur rm4k je..aku dah minta member kat mahkamah seksyen kat kelantan untuk tanya kat pendakwaraya duit ahli cam mana..sal member aku kata nama je ahli tapi tak nama kita tak register jadi ahli pun...lagi satu aku minta tanyakan cam mana nak buat kes ke atas encik rejab tu. Pasal dia orang skm yang sepatutnya pantau tapi cam tak ada apa-apa yang berlaku.
Pada pandang saya yang penting kena ada report polis dulu....
supaya perkara ni boleh disiasat....
ARKIB : 27/06/2012
PDRM sedia jalankan perbicaraan pantas
Oleh SHOLINA OSMAN
KANGAR 27 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia untuk melaksanakan perbicaraan pantas iaitu proses pendakwaan ke atas tertuduh di mahkamah yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 90 hari selepas pertuduhan, mulai bulan depan.
Perbicaraan pantas melibatkan kesalahan kes membabitkan hukuman penjara maksimum 10 tahun mengikut Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan 2010/11) dan ia juga tidak melibatkan kes jenayah seksual dan juga kanak-kanak.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perundangan dan Siasatan PDRM, Datuk Razali Basri berkata, semua pegawai penyiasat dan penyelia siasatan sedang diberi pemahaman dan pendedahan bagi mengendalikan siasatan untuk kes-kes perbicaraan ini.
“Melalui perbicaraan pantas ini, ia akan menjimatkan masa di mana kes-kes tertentu tidak perlu melalui tempoh perbicaraan yang lama di mahkamah.
“Konsep perbicaraan pantas ini telah dilaksanakan dan berhasil di negara Barat seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya pada sidang akhbar di Mes Pegawai Polis PDRM di Jalan Raja Muda di sini hari ini. - UTUSAN
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0627&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm