BTC USD 61,620.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperasi diberi tumpuan dalam AEC

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Hasan ketika melawat tapak pameran sempena karnival Maccops di Shah Alam, semalam


MALAYSIA selaku tuan rumah Komuniti Ekonomi Asean (AEC) akan memberi tumpuan kepada sektor koperasi supaya tidak ketinggalan dan dipinggirkan.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek berkata, negara luar sudah mempunyai kepercayaan kepada pergerakan koperasi di Malaysia dengan pelantikan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia
Berhad (Angkasa) sebagai Presiden Asean Cooperative Organization (ACO)."Negara akan mengambil pendekatan dan perjanjian persefahaman( MoU) di antara Angkasa dengan Thailand hari ini (semalam) merupakan salah satu langkah awal ke arah AEC."Usaha seperti ini akan kita kembangkan lagi pada masa akan datang," katanya selepas Majlis Pelancaran Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (Maccops) di Shah Alam, semalam.Menurutnya, karnival ini sudah terbukti bahawa koperasi mampu membangunkan produk yang progresif dan berdaya saing.Katanya, pihaknya berharap agar usaha itu akan berterusan dan sentiasa melihat dan mencari jalan untuk mengembangkan produk."Ada juga sebahagian daripada 100 produk yang dipamerkan sudah mampu dipasarkan di luar negara," katanya.Hasan berkata, melihat kepada prestasi dan keupayaan koperasi, pihaknya yakin untuk mencapai RM50 bilion sumbangan koperasi kepada negara menjelang 2020, selaras dengan objektif Dasar Koperasi Negara.Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, AEC yang akan berlangsung tahun hadapan, dijangka menjadikan pasaran koperasi lebih luas dan cabaran terhadap produk-produk daripada negara jiran akan semakin bertambah sengit."Jika koperasi tidak dapat bersaing dari segi produk, harga, tempat dan promosi, kita khuatir koperasi tidak dapat menjadi pengeluar tetapi hanya menjadi pengguna."Oleh itu, Angkasa berharap usaha ini akan terus mendapat sokongan daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan juga kementerian," katanya.
 
Back
Top
Log in Register