BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Koperal dirempuh mat rempit

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Antara mereka yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang diadakan bermula malam Sabtu dan berakhir pagi Ahad lalu.
IPOH - Seorang anggota polis trafik cedera di bahagian tangan selepas dirempuh seorang mat rempit ketika sedang melakukan Ops Samseng Jalanan di sekitar bandar raya ini Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Koperal Mohd Fazil Ali, 40, dari Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh bersama anggota lain sedang menjalankan tugas memantau dan mengesan penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya serta menunggang secara melulu dalam operasi tersebut.

Mohd Fazil dirempuh secara terus oleh mat rempit terbabit yang kemudiannya meninggalkan motosikalnya dan berjaya meloloskan diri daripada ditahan sewaktu sekatan dibuat di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, sewaktu kejadian mangsa bersama beberapa anggota trafik lain berada berhampiran dua kereta peronda sebelum dirempuh oleh sebuah motosikal ditunggang seorang remaja.

“Selepas rempuhan itu, anggota terbabit dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar dan direhatkan selama lima hari untuk memulihkan kecederaan sebelum kembali bekerja semula,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Termizi berkata, seramai 59 orang terdiri daripada anggota cawangan trafik IPD Ipoh serta dibantu sukarelawan polis dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).

Katanya, operasi itu berjaya menahan 126 motosikal dimana 42 daripadanya ditinggalkan tanpa penunggang.

Tambahnya, mat rempit yang ditahan itu juga terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh tiga kilometer sehingga ke Balai Trafik IPD Ipoh untuk diperiksa.

“Daripada jumlah itu, 84 daripadanya ditahan termasuk empat daripadanya disahkan positif dadah selepas saringan ujian air kencing dijalankan ke atas mereka.

“Kesemua yang ditahan berusia antara 15 hingga 40 tahun,” katanya.

Katanya, dalam dua operasi berasingan membabitkan dua fasa bermula jam 11 malam Sabtu dan berakhir jam 6.45 pagi Ahad itu, sebanyak 205 saman dikeluarkan ke atas pelbagai jenis kenderaan terutama motosikal.

Menurutnya, operasi tertumpu kepada beberapa lokasi panas yang sering dikunjungi mat rempit terutama di Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Hospital, Jalan Raja Musa Aziz dan Jalan Sultan Azlan Shah.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuk tiada lesen memandu, tiada cukai jalan, tiada nombor pendaftaran, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu sambil menggunakan telefon bimbit, mengubahsuai ekzos, tidak melekatkan tanda P atau L dan tidak memiliki insurans,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Termizi menasihatkan ibu bapa khususnya mengawal pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan mereka menyalahgunakan kenderaan di rumah tanpa kebenaran.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/koperal-dirempuh-mat-rempit-1.50056
 
kasi hantar pulau jerjak jer... takleh lagi nak merempit.
 
Anta je kat hutan amazon...:D
 
ni budak2 takde lesen agaknya...... klu ada lesen+road tax apa mau takut :)

tapi ada jugak kes kena tahan, bila tanya "apa salah saya?", jawapan dia "balai cerita..."... hmmmmm
 
kalau tak ada video aku tak nak percaya.

:D:Dvideo ye..kalau ada video x payah la gi keje wat ronda,sekatan jalan..nanti esok lusa mat-mat rempit ni g kat kawasan korang bising rempit2 press2 motor..baru nak panggil polis suruh tangkap..kalau sound sendiri2 takut plak pecah pale..masa tu nak amek video tak?..:D:D
 
yg sedihnya majoriti budak2 melayu..
 
:D:Dvideo ye..kalau ada video x payah la gi keje wat ronda,sekatan jalan..nanti esok lusa mat-mat rempit ni g kat kawasan korang bising rempit2 press2 motor..baru nak panggil polis suruh tangkap..kalau sound sendiri2 takut plak pecah pale..masa tu nak amek video tak?..:D:D

kalau ada video, tak payah la gi kerja buat ronda <-- apa punya ayat ni?
 
Back
Top
Log in Register