TXT
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 459,505
Paid Membership
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 459,505
- Reaction score
- 38,198
- Points
- 2,836
Prestasi Tan Boon Heong (depan) - Koo Kien Keat terus menjunam dengan terbaru tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Korea minggu lalu.
KUALA LUMPUR - Jadual pertandingan beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan dikaji semula selepas berakhirnya saingan Terbuka Malaysia minggu ini.
Ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her berkata, langkah itu perlu diambil bagi memperbaiki prestasi Kien Keat-Boon Heong yang menjunam kepada tahap kritikal berikutan beberapa siri pencapaian hambar termasuk yang terbaru ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Taiwan seawal pusingan kedua Terbuka Korea minggu lalu.
Menurut Kim Her, perancangan menghantar Kien Keat-Boon Heong beraksi kerap pada kejohanan antarabangsa pada asalnya adalah untuk memastikan mereka menempatkan diri selaku kelompok empat beregu terbaik, sekali gus dapat mendapat undian lebih baik pada Olimpik nanti.
"Kami terpaksa menukar rancangan itu sekarang. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana dikhuatiri akan terus menjejaskan mutu permainan Koo-Tan.
"Mereka perlukan masa memberi tumpuan kepada latihan. Sepanjang tahun lalu, mereka asyik bertanding dan tidak mempunyai masa mencukupi untuk berlatih," katanya.
Keputusan untuk 'mengurung' pasangan emas Sukan Asia 2006 dan juara All England 2011 itu bagaimana pun masih belum dimuktamadkan dan hanya akan dibuat selepas pertemuan diadakan dengan pihak terbabit.
"Selepas Terbuka Malaysia saya bersama Koo-Tan, Pang (Cheh Chang), (Ng) Chin Chai akan berbincang untuk menilai semula sasaran yang ditetapkan untuk kedua-dua mereka.
"Kita akan meneliti baik buruk dari segala aspek berdasarkan sistem pengiraan mata ranking BWF (Persekutuan Badminton Dunia).
"Ini kerana kita mahukan keadaan di mana jika penyertaan mereka dalam kejohanan-kejohanan selepas ini dikurangkan sekali pun, Koo-Tan masih mampu kekal pada ranking lapan terbaik, jika tidak, keadaan akan menjadi lebih rumit," jelas Kim Her.
Sebarang harapan untuk melihat Kien Keat-Boon Heong harus bermula pada Terbuka Malaysia minggu ini, kerana mendapat undian yang agak mudah sehingga separuh akhir.
Mereka akan membuka kempen bertemu pasangan India, K.T Rupesh Kumar-Sanave Thomas dan jika menepati ramalan, cabaran sebenar akan menanti di suku akhir apabila bertembung pasangan Jepun, Hirokatsu Hashimoto-Noriyasu Hirata yang mereka tewas mudah pada Terbuka India April lalu.
Lawan yang berpotensi menunggu pada separuh akhir ialah Mohammad Ahsan-Bona Septano atau Ko Sung Hyun-Yoo Yeon Seong.
Ketiadaan dua beregu utama dunia, Cai Yun-Fu Haifeng dan Jung Jae-sung-Lee Young-dae yang menarik diri, harus dimanfaatkan sepenuhnya oleh Kien Keat-Boon Heong.