BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kontroversi Ibadah Haji PM

faiz85

Active Member
Messages
1,039
Joined
Jun 1, 2011
Messages
1,039
Reaction score
17
Points
25
Assalamualaikum...

Aku tak tahu thread ni dah ada ke.Aku bukan nak menyokong sape-sape.Sampai bapak aku pernah cakap dekat aku,"Ko setakat nak pangkah pembangkang baik tak payah register mengundi.":D.Aku share just nak berkongsi segala yang baik.Aku ada baca dari blog Denaihati.com.Dia telah explain sedikit tentang ibadah haji pm.So,korang baca aku copy paste dari blog Denaihati ni:
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, pesanan Twitter PM Najib Razak ”Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai,” telah menimbulkan kontroversi. Kontroversi menjadi lebih teruk apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya membuat komen tanpa mendapat pengesahan sebenar. Berbagai blog menulis dengan sinis dan melemparkan berbagai tuduhan dengan persepsi tersendiri. Tidak kurang juga perbincangan dan kutukan ibadah haji Najib Razak di wall Facebook. Banyak sungguh pahala kita sehingga berani melabelkan ibadah orang lain. Aku tak mahu komen ibadah haji PM Najib Razak kerana itu hak beliau dengan Allah SWT.

Aku nak kongsikan pergerakan ibadah haji yang mungkin ramai kurang tahu dan kurang faham.

1. Kebiasan jemaah haji Malaysia dan jemaah Asia Tenggara mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Padang Arafah pada 8 Zulhijjah. Setelah wukuf pada 9 Zulhijjah, jemaah haji akan bergerak untuk mabit di Mudzalifah dan kemudian bergerak ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Jemaah akan bermalam di Mina selama 3 malam untuk lontaran 3 jamrah. Selesai melontar jemaah haji akan bergerak ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepaslah lagi 3 larangan berihram dan sempurnalah ibadah haji rukun Islam ke lima. Gerakan ibadah haji ini mengambil masa 6 hari untuk lepas daripada 13 larangan berihram.

2. Kebanyakan jemaah haji selain Asia Tenggara dan sebagaian kecil jemaah haji pakej dan VIP Malaysia melakukan ibadah haji dengan gerakan yang berbeza. Majoriti jemaah haji mula bergerak dari Mekah dengan berihram untuk bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah. Pagi 9 Zulhijjah akan bergerak dari Mina ke Padang Arafah untuk Wukuf selepas gelincir matahari. Setelah selesai wukuf jemaah akan bergerak untuk mabit sebentar di Mudzalifah dan terus bergerak ke Mekah melakukan Tawaf Haji, Sa’i Haji dan Tahlul maka terlepaslah 10 larangan berihram. Kemudian pada 10 Zulhijjah jemaah haji akan bergerak menuju ke Mina untuk melontar jamrah kubra maka terlepaslah 3 lagi larangan berihram. Jemaah haji hanya mengambil masa 3 hari untuk bebas dari 13 larangan berihram dan yang tinggal hanya melontar 3 jamrah pada 3 Hari Tasyrik. Gerakan ibadah haji kedua ini memang cepat berbanding dengan gerakan haji pertama dan aku yakin PM Najib pasti melaksanakan ibadah hajinya dengan kaedah ini kerana itu beliau berani menghantar pesanan Twitter Haji Telah selesai pada 10 Zulhijjah, selesai tu maksudnya telah bebas daripada 13 larangan berihram.

3. Terdapat juga gerakan yang seperti dari Mekah ke Padang Arafah ke Mudzalifah kemudian ke Mina untuk melontar jamrah kubra dan bertahlul kemudian berjalan kaki ke Mekah untuk Tawaf Haji dan Sa’i Haji maka terlepas daripada 13 larangan berihram kemudian kembali semula ke Mina untuk lontaran 3 jamrah.

Sebenarnya ada berbagai gerakan ibadah haji yang dilakukan oleh jemaah mengikut kefahaman yang berbeza tetapi tidak melanggar rukun-rukun haji. Jadi jangan pelik apabila kita melihat kepelbagaian cara menyempurnakan ibadah haji. Hak untuk menentukan haji mabrur hanya pada Allah SWT kita manusia berusaha semaksimum yang boleh untuk mencapai haji mabrur. Pasti tidak akan ada jemaah haji yang datang untuk mengerjakan ibadah haji dengan tertib yang salah melainkan ustaz yang mengajar memberi panduan yang salah tetapi ada ke ustaz yang nak mengajar ilmu yang salah?
 
itu semua terpulang pada pakej mana yg diorg amik...
Ada yang ambil masa pendek tapi kene korban duit.
Ada yang ikut TH tapi kene korban masa...

Yang penting, cukup rukun...Yang lain Allah yg tentukan..

p/s: aku tak sokong mana2...juz sharing jer...
:)cgrock
 
Kita minta PM je yg jawab sebab dia yg hantaq twitter...mungkin yg dok komen tu sebab depa sayang sangat kat PM dan kesian takut2 tak complete haji sebab dapat twitter tu....1 Malaysia dapat tuuu... maklumla kan PM kesayangan rakyat Malaysia...mesti semua concern bila dapat twitter cepat sangat.
 
dia tu muslim yang waras dan dewasa sgt2. so biarlah amal ibadat dia dng Allah saja yg tentukan..
 
soal amal ibadat ni.....hanya Allah selayak2 penilai....kita sesama makhluk ni, jaga amal ibadat kita dulu sblm nak jaga amal ibadat orang lain.... :)

tak paham sesetengah manusia ni....even benci sgt pun dgn seseorang...jgn la smpi hal amal ibadat dia pun nak dipertikaikan.....elok2 dia dpt pahala, yg dok mengata tu dpt pulak dosa kering.....:p
 
soal amal ibadat ni.....hanya Allah selayak2 penilai....kita sesama makhluk ni, jaga amal ibadat kita dulu sblm nak jaga amal ibadat orang lain.... :)

tak paham sesetengah manusia ni....even benci sgt pun dgn seseorang...jgn la smpi hal amal ibadat dia pun nak dipertikaikan.....elok2 dia dpt pahala, yg dok mengata tu dpt pulak dosa kering.....:p

setuju :)paid
kadang2 tu rasa hairan nape kalo mengutuk tu melampau2 sangat...
 
sendri nye amalan pon lom tentu di terima..
pastu nak pertikaikan amalan org lain..
ape ntah..
 
pembangkang mana yang komen tolong paste...jangan duk wat cerita jer menyirap aku tgk...ke pencacai ameno prono sdiri...aku mmg sokong benda yang betul tak kira kerajaan ke pembangkang ke...tapi kerajaan malaysia ni ada yang betul ke...bajet 2012 utk sekolah free,free ke mender semlm register dah kena bayor...kata sekolah kerajaan,kerajaan kepala hangguk ko eh kerajaan kunun...:mad::mad:
 
Back
Top
Log in Register