BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kontraktor mengadu diugut ADUN PAS

iswarahijau

Super Active Member
Messages
6,060
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
TUMPAT, Jan 22 — Seorang kontraktor membuat laporan polis terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerana mendakwa menerima ugutan akan dikasari daripada pemimpin PAS itu.

Wan Din Wan Mamat, 49, mendakwa beliau diugut oleh ADUN Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim, yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, dengan pelbagai ugutan termasuk akan menggunakan pengikutnya untuk bertindak kasar ke atasnya.

Katanya, ugutan itu dibuat melalui telefon bimbitnya kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika dalam perjalanan menaiki kereta dari bandar Tumpat ke Pasir Pekan dekat Wakaf Baharu di sini.

Zaki juga merupakan setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan.

Wan Din berkata beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat pada pukul 5 petang semalam kerana takut dan bimbang dengan keselamatannya.

“Dalam perbualan telefon dia telah mengugut saya dengan pelbagai ugutan termasuk dia mempunyai pengikut yang ramai dan sekiranya pengikutnya bertindak, dia tidak akan bertanggungjawab apa jua yang berlaku ke atas saya,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Wan Din berkata ugutan itu dibuat setelah beliau membuat kenyataan balas terhadap cabaran ADUN terbabit yang dikatakan mempertikaikan kewibawaannya mendapat kontrak membersih Kawasan Bebas Cukai (KBC) Pengkalan Kubur.

“Dia suruh saya serah balik kontrak yang diperolehi itu, dia juga kata boleh batalkan kontrak saya itu,” katanya.

Seorang jurucakap polis daerah Tumpat mengesahkan menerima laporan daripada kontraktor tersebut.
 
kesian.. blogger.sheikh kickdefella yg mendedahkan penyelewengan menantu tokguru nik aziz,keretanya kena baling kapak.. hmm..memang gedebe tak bertempat org2 pas ni
 
kesian.. blogger.sheikh kickdefella yg mendedahkan penyelewengan menantu tokguru nik aziz,keretanya kena baling kapak.. hmm..memang gedebe tak bertempat org2 pas ni

Teringat Kapak, teringat cerita Stephen Chow tu, "Geng Kapak":D
 
ader bukti ke pengikut pas yang baling kapak tu.............ari tu tayar moto ambe pancit................gedebe sungguh org2 umno ni.......
 
apa lagi, buatlah laporan polis. pastu suruh TV3 ulang tayang 7 hari 7 malam...

mesti masuk TV3 malam nie..keh keh keh..
 
kesian.. blogger.sheikh kickdefella yg mendedahkan penyelewengan menantu tokguru nik aziz,keretanya kena baling kapak.. hmm..memang gedebe tak bertempat org2 pas ni

macam mana hang tau yang baling tu orang Pas yeeee :-?:-?:-?
 
ader bukti ke pengikut pas yang baling kapak tu.............ari tu tayar moto ambe pancit................gedebe sungguh org2 umno ni.......

Bak kata peminpin umno...diterima pakai :eek::eek::eek:
 
kesian.. Blogger.sheikh kickdefella yg mendedahkan penyelewengan menantu tokguru nik aziz,keretanya kena baling kapak.. Hmm..memang gedebe tak bertempat org2 pas ni

baling kapak kira ok tuh bro...
 
Back
Top
Log in Register