balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
IPOH: Segelintir kontraktor penyelenggaraan alat pemadam api di negara ini dikesan melakukan penipuan licik dengan mengisi tepung gandum ke dalam alat pemadam berkenaan bagi mengaut keuntungan.
Perkara itu didedahkan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Rusmani Muhamad selepas merasmikan Seminar Sistem Pemeriksaan Alat Pemadam Api Secara Elektronik (e-FEIS) di sini, semalam.
Menurutnya, biarpun ia kes terpencil, namun dia kecewa dengan sikap kontraktor yang tidak mengambil kira faktor keselamatan kerana terlalu memikirkan keuntungan.
“Kami berjaya mengesan penipuan ini ketika melakukan pemeriksaan berkala baru-baru ini. Selain itu, mereka juga menggunakan kandungan tidak mengikut spesifikasi.
“Ada juga yang tidak menyelenggara peralatan itu dengan baik termasuk meletakkannya di tempat tidak sepatutnya,” katanya.
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kontraktordajal/Article/index_html