BTC USD 23,099.1 Gold USD 1,927.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konspirasi Dunia- Harry Potter

shide

Active+ Member
Messages
3,154
Joined
May 29, 2009
Messages
3,154
Reaction score
29
Points
30
harry_potter_w.jpg

Harry Potter. Siapa tidak kenal dengan watak kegemaran kanak-kanak dan remaja ini. Berkaca mata dan mempunyai kebolehan sihir adalah tanda pengenalan watak ini. Novel-novel dan filem-filemnya menjadi kegilaan ramai sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan duit semata-mata ingin memiliki koleksi novel tersebut. Tidak kurang juga kanak-kanak yang berangan ingin menjadi seperti Harry Potter suatu hari nanti dengan kemahiran sihir dan penyapu terbangnya. Inilah antara Mind Control The Hidden Hand yang paling berjaya!

Siri Harry Potter yang menjadi bacaan dan tontonan ramai ini sebenarnya penuh dengan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah. Mungkin ada di antara kita yang perasan dengan perkara ini dan mungkin ada juga yang langsung tidak ambil endah dan tidak perasan, yang penting siri Harry Potter ini menghiburkan. Jika saya adalah The Hidden Hand, sudah pastilah saya akan rosakkan pemikiran kanak-kanak dan remaja dengan pelbagai unsur-unsur sihir dan mistik yang secara tidak langsung akan mempengaruhi pemikiran mereka. Tetapi saya tidak boleh merosakkan pemikiran mereka secara terus terang, sudah pastilah saya akan menggunakan medium tertentu seperti Harry Potter yang diminati dan dipuja ini. Mesej tersembunyi di sebalik jalan cerita yang menarik.

Pasti ada yang tertanya-tanya apakah itu Kabbalah? Sebelum ini saya sudah jelaskan sexara ringkas tentang Kabbalah atau Sihir Kuno Yahudi ini. Sebelum membicarakan lebih lanjut tentang Harry Potter, elok kiranya jika kita menyelidiki biodata penulis siri ni, JK Rowling. Nama sebenarnya ialah Joanne "Jo" Murray. JK Rowling ini adalah nama penanya. Dia dilahirkan di Chipping Sodbury, England pada 31 Julai 1965. Semasa kecil minatnya dalam bidang penulisan sudah terserlah apabila dia telah menulis cerita pada usia 5 tahun. Ketika dia berusia 4 tahun, keluarganya berpindah Winterbourne dan di sinilah dia mempunyai seorang jiran bernama Potter yang kemudian dijadikan nama watak utama bukunya.

rowling-award.jpg

Dia cuba melanjutkan pengajian ke University Of Oxford tetapi gagal dan kemudian telah melanjutkan pengajian di University Of Exeter mengambil jurusan Bahasa Perancis. Selepas berpisah dengan suami pertamanya, dia membawa membesarkan anak perempuannya seorang diri dan menumpang di rumah adiknya, Diana di Edinburgh, Scotland. Dan di Edinburg jugalah dia telah menyiapkan buku Harry Potter pertamanya, Harry potter And Philosopher's Stone.

Dari maklumat-maklumat di atas, di sini kita dapat 2 kata kunci iaitu Edinburgh, Scotland dan University Of Exeter.

Mungkin ada di antara pembaca yang sudah dapat mencantumkan kata kunci ini, mungkin ada yang masih mencari-carinya. Tidak mengapa, mari sama-sama kita menyelesaikan kata kunci ini.

Kata Kunci Pertama- Edinburgh


Edinburg adalah kota terletak di barat Scotland. Kota ini adalah tanah penyelamat pendatang atau pelarian Knight Of Templar yang telah diburu oleh Pope Clement V dan Raja Philip (Raja Perancis) pada 1307. Pada ketika ini, Scotland adalah satu-satunya wilayah di Eropah yang berada di luar kekuasaan Vatican dan tanah inilah yang paling sesuai dipilih oleh Templar untuk tmenyelamatkan diri dan meneruskan agenda rahsia mereka.

Kahadiran mereka telah diterima secara terbuka oleh Raja Scotland masa itu iaitu, Robert de Bruce. Dan mereka telah mewujudkan pertubuhan rahsia dari sisa-sisa Knight Of Templar itu yang dikenali sebagai Freemason. Mendukung misi yang sama, tetapi nama yang berlainan. Sehingga ke hari ini, Freemason telah mengawal dunia dari segala aspek ekonomi, saintifik, ketenteraan dan banyak lagi. Pertubuhan rahsia ini berselindung di sebalik Pertubuhan Persaudaraan dan ahlinya terdapat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia sendiri. Sila rujuk post-post saya sebelum ini untuk maklumat Freemason di Malaysia.



Di sinilah para Mason bebas mengamalkan sihir Kabbalah tanpa tentangan dan dibina Rosslyn Chapel yang terkenal di kalangan ahli-ahli Mason dan Rosicrusian. Rosslyn Chapel telah dibina Willian Sinclair. Di seluruh Rosslyn Chapel, terdapat unsur-unsur Masonic yang jelas kelihatan di dinding-dinding. Penulis buku Rosslyn And The Grail iaitu Mark Oxbrow dan Ian Robertson berpendapat ukiran di dinding Rosslyn Chapel adalah diambil dari ukiran dinding Temple Solomon. Rosslyn itu sendiri berasal dari bahasa Gaelic yang bermaksud pengetahuan kuno yang diwarisi generasi ke generasi.

Rosslyn Chapel​
Rosslyn_Chapel.jpg

Kata Kunci Kedua- University Of Exeter​
University_of_exeter_coat_of_arms_shield2.gif

JK Rowling pernah menuntut di sini selama 4 tahun. Jika kita lihat moto universiti ini sendiri Lucem Sequimur yang bermaksud We Follow The Light. Mungkin rata-rata kita menganggap Light itu adalah ilmu tetapi dalam paganism-codex light itu adalah Lucifer/ Iblis.

Universiti ini juga menawarkan pengajian Olkutisme dan Paganisme kepada mahasiswanya. Dan semasa menuntut di sini, JK Rowling tidak hanya mempelajari bahasa Perancis malah turut sama menuntut dalam bidang ini. Program ini dinamakan 'Western Esotericism' di bawah HuSS (School of Humanities and Social Sciences).
Antara modul-modul pembelajaran di bawah program ini ialah:

1. Alexandrian Hermetism
2. The Hermatic Art Of Alchemy
3. Kabbalah
4. Rosicrucianism and Freemasonry
5. Theosophy and Esotericism
6. The Esoteric Body
7. Sufism And Islamic Devotional Study
8. Heretics And Mystics Language
9. Withcraft In History
10.The Disenchangement Of The World Society And The Supernatural In Early Modern Europe


Jadi jelaslah di sini JK Rowling bukanlah ibu tunggal yang berbakat menulis cerita kura-kura dan arnab, tetapi jauh lebih hebat dari itu. Dengan pengetahuan yang ditimba semasa di universiti beliau telah memasukkan unsur-unsur Masonic dan Kabbalah dalam cerita fantasi rekaannya itu. Karyanya boleh diibaratkan seperti 'The Handbook Of Occult' tetapi dalam versinya sendiri dengan lebih 400 juta naskhah terjual di seluruh dunia. Novelnya begitu banyak istilah sihir, simbol, binatang dan ritual okultisme sihir seperti Minerva McGoganall, Mirror Of Erised, Quidditch dan banyak lagi. Secara tidak langsung mendedahkan kepada kita tentang sihir-sihir yang dilarang oleh Allah.


Tentang jalan cerita Harry Potter rasanya tidak perlu saya ulaskan di sini kerana jalan ceritanya terlalu panjang untuk diulas. Rasanya elok juga jika didedahkan asal nama watak-watak dalam cerita ini yang saya yakin ada kaitan dengan okultisme dan paganisme.


berSambung di bawah..
 
Sponsored Post

shide

Active+ Member
Messages
3,154
Joined
May 29, 2009
Messages
3,154
Reaction score
29
Points
30
Harry Potter​
harry-potter-6-poster.jpg
Harry Potter adalah watak utama dalam cerita fantai ini. Harry bermaksud 'Panglima Perang' dan Potter diambil konon-kononnya bekas jiran JK Rowling


Ron Weasley​
Ron Weasley adalah kawan baik Harry Potter dan Hermione. Ron juga boleh diterjemahkan sebagai Running Weasel yang berkaitan dengan jaguh catur pada kurun ke 6. Ron juga bermaksud Penasihat Raja.

Hermione Granger​
hermione-granger.jpg
Hermione adalah kawan baik Harry Potter bersama Ron. Namanya bermaksud Pembawa Pesan dan dalam mitos Yunani adalah Messenger Of Gods yang juga dikenali sebagai Hermes.

Albus Dumbledore​
dumbledore.jpg
Albus membawa makna Putih dan Dumbledore adalah dari bahasa Inggeris Kuno yang bermaksud lebah besar yang berbulu.

Minerva McGonagall

Minerva adalah nama Dewi Kebijaksanaan, Kesenian, Sihir, Perdagangan dan Seni Perang bagi masyarakat Rom. Manakala McGonagall bermaksud berani.


Sirius Black​
Sirius_Black_by_mindofka.jpg
Sirius adalah bintang berbentuk anjing yang paling terang di angkasa. Hampir semua ahli keluarga Sirius Black dinamakan sempena nama bintang, Bellatrix, Regulus, Andromeda dan Draco. Bintang-bintang memainkan peranan penting dalam ritual Kabbalah dan Mesir Kuno.


Lucius Malfoy​
lucius_malfoy3.jpg

Lucius juga adalah nama lain bagi Lucifer/Iblis. Namun bagi penyembahnya, Lucifer bermaksud Sang Cahaya, begitu juga dengan Illuminati.


Secara tidak sedar cerita sebegini akan mencemari minda kita dengan sihir-sihir tanpa kita sedari. Tidak cukup dengan novel, filemnya juga terus mendapat sambutan hebat dari seluruh dunia. Mereka telah men'program' minda kita tanpa kita sedari, dengan sihir kita akan dapat apa yang kita ingini. Inilah hakikat sebenar yang sedang terjadi. Sedangkan kita sedia tahu sihir itu adalah haram dan ditegah oleh Allah untuk mengamalkannya atau mempelajarinya, Secara tidak langsung dengan cerita sebegini kita telah mempelajari sedikit sebanyak tentang sihir atau magic ini.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata:

"Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah.

Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Al-Baqarah 102

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.
An-Nisa 48

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
An-Nisa 116


“Kami pada zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu mengenai hal itu?” Maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjawab: “Perlihatkan kepada ku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik.”
(Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)



SUMBER (CREDIT TO): http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/12/konspirasi-dunia-harry-potter.html
 
Last edited:
Sponsored Post

Top
Log in Register