BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Games) Konsol Microsoft Xbox Bakal Menerima Mod Gelap

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Mod gelap menjadi ciri standard pada telefon pintar, komputer, tablet dan jam tangan pintar. Kita semua tidak mahu retina terbakar dengan skrin putih ketika menggunakannya pada waktu malam dengan lampu telah dimatikan. Kini ciri mod gelap ini akan diperkenalkan pula pada konsol Microsoft Xbox.

Xbox-Beta-Mod-malam-950x495.jpeg


Ujian beta telah dimulakan pada Xbox minggu ini dengan keterangan skrin, lampu LED konsol dan lampu LED pada alat kawalan permainan boleh dikurangkan bagi mengelakkan silau ketika sesi permainan di waktu malam. Ia walau bagaimanapun hanya diaktifkan pada konsol yang menggunakan bahasa Inggeris sahaja pada waktu ini. Kemaskini yang seakan remeh tetapi sebagai insan yang banyak memainkan konsol pada waktu malam ini ialah ciri yang sebenarnya kami inginkan menjadi standard pada semua konsol.​
 
Back
Top
Log in Register