BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Konsert tarik nyawa'

BlackPepper

Active+ Member
Messages
4,906
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
KUALA LUMPUR: Kerja gila dan tidak ubah seperti ‘konsert tarik nyawa’ apabila dua kumpulan Mat Rock warga Indonesia menjadikan temasya terbabit sebagai gelanggang pergaduhan sehingga menyebabkan puluhan cedera, manakala seorang mati akibat ditetak hampir putus leher.
Lebih mengerikan apabila pergaduhan berkenaan yang berlaku di khalayak ramai seolah-olah diatur lebih awal apabila kebanyakan pendatang terbabit datang berhibur sambil membawa pisau, kapak, kerambit dan parang sebagai persediaan untuk `berperang’.


Difahamkan, lebih 100 warga Indonesia yang bertempur membawa hampir dua guni senjata tajam yang dijadikan bekalan untuk membunuh sesiapa sahaja yang diingini hanya kerana perselisihan faham kecil yang dipercayai ada kaitan dengan dendam lama dan perbezaan daerah. Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Roslan, 40-an, berkata pergaduhan itu tercetus kira-kira jam 6.30 petang kelmarin, ketika ribuan warga asing, majoriti dari Indonesia menghadiri konsert kumpulan rock dan pop dari negara itu anjuran sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka tanah air Menurutnya, keadaan mula tidak terkawal sejak awal konsert apabila beberapa penonton gagal mengawal diri sebelum mencetuskan rusuhan.


“Mereka memecahkan pagar yang memisahkan penonton dengan pentas sebelum ada yang membalingkan pagar terbabit ke arah orang ramai.


“Berikutan itu, beberapa penonton tercedera hingga mencetuskan pergaduhan dalam stadium. Keadaan menjadi tidak terkawal walaupun pihak polis dipanggil untuk mengawal kawasan konsert berkenaan,” katanya.


Katanya, keadaan menjadi tidak terkawal apabila rata-rata pengunjung konsert terbabit mula bergaduh berhampiran tempat meletak kereta A berhampiran Stadium Nasional Bukit Jalil, berkenaan.


“Saya tak pasti apa sebenarnya berlaku, namun daripada maklumat yang saya dengar, dua kumpulan warga Indonesia bertempur di kawasan meletak kereta itu dengan menggunakan pelbagai senjata tajam.


“Pada awalnya mereka dikatakan cabar-mencabar antara satu sama lain sebelum ‘perang mulut’ itu berlarutan hingga kepada pergaduhan beramai-ramai,’ katanya.


Menurutnya, kebanyakan lelaki warga asing terbabit seolah-olah ‘hilang akal’ apabila menyerang membabi-buta dengan bersenjatakan pisau dan senjata tajam lain.

“Keadaan menjadi cemas apabila beberapa lelaki warga Indonesia bertempik sambil ada antaranya dilihat berlumuran darah akibat ditikam atau ditetak. Mereka seolah-olah dirasuk dan tidak teragak-agak mencedera atau membunuh sesiapa yang dianggap musuh,” katanya.
 
Last edited:
dia buat cam kt negara dorang plak... boddo punya indon...:mad::mad: sape yg luluskan konsert ni..:mad::mad: xabis2 indon ni...:mad::mad:
 
salahkan penganjur ngan pemberi permit tu...
 
Mmg tak bertamadun..ade otak tp takde akal..bile hidup tiada iman dan pedoman..mcm ni la..binatang berkulitkan manusia..apa la nk jadi..
 
buddouh laaa saper yg luluskan konsert nih..

yg nk gih hiburkan mat indon tuh naper.. nak bg suruh diorang sarankan mesia nih best n bawak masuk ramai lagi..

ngek betul laa.. dah datang nk keje korang bagi dia berparti watper..

aku x paham btol aper yg diorang nih syg sgt kt mat indon.. siap bagi simcard simPATI (Pendatang Tanpa Izin) tuu.. mmg mangkuk tingkat..

:mad:~X(:mad:~X(
 
ni konset ape oi? unggu ke???
 
ni konset ape oi? unggu ke???

den pun xtau menahu pasal konsert ni.. xde penah nmpak promosi pn.. tau pun dari member keje celcom.. dia kata kalo nk tgk konsert dia bole bg tiket..ada ramai gak artis member den sebut ritu... den bab2 konsert2 ni mintak maap la.. xminat la bersesak2.. lg2 la konsert indon...

skali dia blk2 je ckp ada org mati kena bunuh kt konsert.. ingat dia ckp main2..
 
Last edited:
baru2 ni band ungu ade buat konsert...bergaduh kat konsert tu..

kite bagi peluang sangat warga asing dtg kat malaysia ni..kat malaysia ni sekarang semua ade, indo, filipina, myanmar, veitnam, afrika, amerika latin ubzek...pasni buat HQ PBB kat malaysia jela la
 
Back
Top
Log in Register